Pekan Sanglang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pekan Sanglang (Jawi: ڤکن سڠلڠ; Cina: 双弄) ialah sebuah pekan pentadbiran dalam kawasan pentadbiran Mukim Sanglang, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu, di utara negeri Kedah, Malaysia.[2][3] Pekan ini mempunyai penduduk seramai 1,584 orang pada bancian 2020.[1]
Remove ads
Etimologi
Nama pekan Sanglang diambil sempena nama kampung di dalam pekan ini iaitu Kampung Sanglang. Perkataan sanglang mungkin berasal daripada nama sebatang sungai yang mengalir disempadan Perlis–Kedah, iaitu Sungai Sanglang (atau Sungei Sanglang).
Sejarah
Persempadaan Pekan Sanglang telah diwartakan pada tahun 2004.[2] Nama "Sanglang" wujud dalam sebuah gazetir yang bertajuk "Gazetter (No. 11) – Malay States", yang diterbitkan oleh Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat, yang telah diterbitkan pada Oktober 1944, yang dimana menunjukkan bahawa Pekan Sanglang telah wujud sejak 1940-an.[4]
Geografi

Pekan Sanglang terletak di utara Daerah Kubang Pasu, Kedah. Secara pentadbiran, pekan ini dibawah seliaan Mukim Sanglang. Selain itu, pekan ini juga bersempadan dengan negeri Perlis Indera Kayangan di utara, Pekan Kuala Sanglang di barat dan Pekan Kerpan di selatan. Kawasan pekan ini mempunyai keluasan keseluruhan mencapai 3.224 kilometer persegi (322.4 he) dan dibahagikan kepada beberapa buah zon kawasan seperti kampung.[5]
Mengikut topografi kawasan, kawasan Pekan Sanglang ialah kawasan tanah pamah atau rendah yang sesuai untuk petempatan dan pertanian seperti penanaman sawah padi yang dapat dilihat di sekitar pekan. Sungai Sanglang merupakan satu-satunya saliran sungai semula jadi, yang mengalir di barat daya Pekan Sanglang, dan bermuara di Selat Melaka di Pekan Kuala Sanglang.[6]
Sungai Baharu (atau Sungei Baharu atau Parit Sanglang Lama) merupakan sungai buatan manusia atau terusan juga mengalir di sekitar Pekan Sanglang untuk mengalirkan air ke kawasan pertanian sawah padi yang dimiliki oleh penduduk setempat.[7] Selain itu, Terusan Pauh yang berasal dari negeri Perlis juga merentasi Pekan Sanglang secara utara-selatan sejajar dengan Jalan Alor Setar–Kangar (Jalan Persekutuan 7), yang dibina dengan tujuan sama di Sungai Baharu dan membendung banjir berlaku.[8]
Pentabdiran
Pekan Sanglang terletak di dalam Mukim Sanglang yang dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Sazali bin Shafie. Pejabat penghulunya terletak di Kampung Sanglang.[9]
Kawasan pentadbiran
Remove ads
Demografi
Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan, Pekan Sanglang mempunyai jumlah penduduk seramai 1,584 orang. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 785 orang berjantina lelaki dan 799 orang berjantina perempuan tinggal di Pekan Sanglang. Pada tahun 2020, terdapat 565 buah tempat kediaman dan 363 isi rumah, dengan purata isi rumah sebanyak 4.4 telah direkodkan dalam bancian tersebut bagi kawasan Pekan Sanglang.[1]
Remove ads
Pengangkutan
Pengangkutan awam
myBAS Perlis yang dikendalikan sepenuhnya oleh MARA Liner, laluan bas utama T13 dari Terminal Bas Bukit Lagi di Kangar ke Terminal Bas Shahab Perdana di Alor Setar, berkhidmat sekitar Pekan Sanglang, dengan kekerapan (frekuensi) bas 1 jam 45 minit. Bas myBAS Perlis T13 berkhidmat setiap hari bermula Ahad sehingga Sabtu.[11][12]
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads