Perang China-Vietnam

From Wikipedia, the free encyclopedia

Perang China-Vietnam
Remove ads

Perang China–Vietnam (Vietnam: Chiến tranh biên giới Việt-Trung/ 戰爭邊界越-中?), juga dikenali sebagai Perang Indochina Ketiga dan di China ia dikenali sebagai 对越自卫反击战 (duì yuè zìwèi fǎnjī zhàn) ("Serangan balas menentang Vietnam bagi mempertahankan diri"), adalah satu perang yang singkat tetapi berdarah yang berlaku pada tahun 1979 di sempadan di antara Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Vietnam. China melancarkan serangan sebagai tindak balas kepada serangan dan pendudukan Kemboja oleh Vietnam, yang mana menamatkan pemerintahan rejim Khmer Rouge yang disokong oleh China.

Fakta Segera Perang China-Vietnam (Perang Indochina Ketiga) Berkaitan dengan ,, Tarikh ...

Selepas serangan singkat ke Utara Vietnam, pasukan China berundur kira-kira sebulan kemudian. Kedua-dua pihak mendakwa mencapai kemenangan dalam Perang Indochina terakhir pada kurun ke-20; secara praktiknya, oleh kerana pasukan Vietnam kekal berada di Kemboja sehingga tahun 1989, boleh dikatakan China gagal mencapai matlamatnya dalam mengusir Vietnam daripada terlibat di dalam Kemboja.

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Sumber-sumber tambahan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads