Perdana Menteri Jepun

ketua kerajaan Jepun From Wikipedia, the free encyclopedia

Perdana Menteri Jepun
Remove ads

Perdana Menteri Jepun (内閣総理大臣, Naikaku Sōri Daijin, sebutan Jepun: [naꜜi.ka.kɯ | soː.ɾʲi daꜜi.dʑiɴ])[1] ialah ketua kerajaan Jepun. Perdana menteri mempengerusi Kabinet Jepun dan berkebolehan memilih dan memecat menteri negaranya. Perdana menteri juga berkhidmat sebagai panglima tertinggi Angkatan Pertahanan Diri Jepun.[2] Perdana menteri sekarang, Sanae Takaichi, mula menjawat pada 21 Oktober 2025; beliau ialah wanita pertama yang berkhidmat sebagai presiden Parti Demokratik Liberal atau perdana menteri.

Fakta Segera Perdana Menteri Jepun, Anggota bagi ...

Diet Kebangsaan (parlimen) mencalonkan perdana menteri dalam kalangan ahlinya (biasanya dalam kalangan ahli Dewan Perwakilan). Beliau kemudian dilantik rasmi oleh maharaja. Perdana menteri mesti mengekalkan keyakinan Dewan Perwakilan untuk kekal menjawat. Perdana menteri tinggal dan bekerja di Naikaku Sōri Daijin Kantei (Kediaman Rasmi Perdana Menteri) di Nagatachō, Chiyoda, Tokyo, dekat dengan Bangunan Diet Kebangsaan.

66 orang (65 lelaki dan 1 wanita) telah berkhidmat sebagai perdana menteri, yang pertama ialah Itō Hirobumi mula menjawat pada 22 Disember 1885. Perdana menteri yang paling lama berkhidmat ialah Shinzo Abe, yang berkhidmat melebihi lapan tahun sepanjang dua penggal yang tidak berturut, dan yang paling pendek berkhidmat ialah Putera Naruhiko Higashikuni, yang berkhidmat selama 54 hari.

Remove ads

Senarai perdana menteri Jepun

Terdapat sebelas bekas perdana menteri Jepun yang masih hidup. Bekas perdana menteri yang meninggal baru-baru ini ialah Shinzo Abe (1954–2022), dibunuh ketika berkempen di Nara pada 8 Julai 2022.

Maklumat lanjut Nama, Tempoh jawatan ...
Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads