Diet Jepun

From Wikipedia, the free encyclopedia

Diet Jepun
Remove ads

Diet Kebangsaan Jepun (国会, Kokkai, "Dewan Negara") merupakan badan perundangan dwidewan Jepun. Ia merupakan badan perundangan tertinggi kerajaan Jepun selaras dengan Perkara 41 Perlembagaan Jepun. Ia terdiri dari dewan rendah dipanggil Dewan Perwakilan dan dewan tinggi dipanggil Dewan Kaunselor kedua-duanya dilantik terus melalui sistem pengundian selari.

Fakta Segera Diet Kebangsaan Jepun ديات کبڠساٴن جڤون‎, Jenis ...

Sistem ini dibentuk pada zaman Meiji mengikut corak kerajaan berperlembagaan termasuk sistem Westminster dan khususnya Reichstag diamalkan dari Prusia zaman empayar abad ke-19; ia dan badan-badan perundangan Eropah sezaman sering diungkapkan dengan istilah "diet" meminjam dari bahasa Latin hasil kebiasaan dari sejak zaman Empayar Rom Suci.

Remove ads

Sejarah

Badan pertama mendahului sistem ini di Jepun adalah Diet Imperial (帝国議会, Teikoku-gikai) yang mula bersidang pada 29 November 1890, tidak lama selepas perkenalan perlembagaan baharu pada 11 Februari tahun sebelumnya.[1] Ia dibahagikan kepada Dewan Perwakilan yang dilantik hasil undian langsung dan suatu "Dewan Bangsawan" (貴族院, Kizoku-in).[2] Perdana Menteri yang memimpin kedua-dua dewan ini dilantik dalam kalangan bangsawan berpengalaman yang diagihkan kuasa amanah Maharaja iaitu genrō (元老).[3]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads