Phycodurus eques

From Wikipedia, the free encyclopedia

Phycodurus eques
Remove ads

Phycodurus eques ialah spesies ikan tunggal dalam genus Phycodurus keluarga Syngnathidae yang termasuk kuda laut.[2] Ia ditemukan sepanjang pantai-pantai selatan dan barat Australia di dasar pasir perairan sedalam hingga 50 meter keliling batu-batu berkelp dan rumpun-rumpun rumput laut.[3]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Badannya dipenuhi juluran panjang seperti daun yang membantunya menyamarkan diri menyerupai rumpai laut.[4]

Remove ads

Taksonomi

Nama genus Phycodurus dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani φῦκος phûkos "rumpai laut"[5] dan δέρμα derma "kulit".[6][7]

Tabiat

Pergerakan

Spesies ini berenang menggunakan sirip sisi dan sirip belakang yang hampir lutsinar dekat hujung ekornya. Renangnya perlahan melengkapkan penyamarannya seperti cebisan rumpai laut yang hanyut. Penjejakan seekor daripada spesies ini menunjukkan bahawa ia berenang pada kelajuan setinggi 150 meter sejam.[8]

Pemakanan

Spesies ini memakan plankton, krustasea kecil seperti amfipod dan udang misid, serta anak-anak ikan menggunakan muncungnya yang panjang.[3]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads