Pilihan raya kecil Slim 2020
pilihan raya kecil di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim 2020 merupakan pilihan raya kecil yang ke-12 selepas pilihan raya umum Malaysia ke-14. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato' Seri Mohd. Khusairi Abdul Talib daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 15 Julai 2020 akibat serangan jantung.[1]
PRK DUN Slim diadakan pada 29 Ogos 2020, dengan hari penamaan calon diadakan pada 15 Ogos 2020. Calon Barisan Nasional menang dalam pilihan raya kecil ini.
Remove ads
Latar belakang
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, Barisan Nasional (BN) melalui UMNO telah memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak untuk penggal keempat menerusi penyandangnya, Dato' Seri Mohd. Khusairi Abdul Talib. Mohd Khusairi telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut sejak 2004. DUN Slim ialah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Tanjung Malim.
Notis kekosongan
Pada 17 Julai 2020, Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis kekosongan DUN Slim kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran kematian penyandangnya, Dato' Seri Mohd. Khusairi Abdul Talib. SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai bagi membincangkan tarikh-tarikh penting.[2]
Remove ads
Penamaan calon
SPR telah menetapkan hari penamaan calon bagi PRK DUN Slim diadakan pada 15 Ogos 2020[3]. Pakatan Harapan telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil ini,[4] menjadikan PRK DUN Slim sebagai PRK ketiga berturut-turut di mana gabungan parti tersebut tidak bertanding, sejak pilihan raya bagi Parlimen Tanjung Piai. Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut tidak bertanding untuk memberi laluan kepada Barisan Nasional,[5] namun Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa parti baharu beliau akan bertanding pada PRK tersebut.[6]
Pada 12 Ogos, Pengerusi BN Perak iaitu Saarani Mohamad mengumumkan Mohd Zaidi Aziz sebagai calon sebagai calon BN.[7] Pada hari yang sama, Mahathir mengumumkan Amir Khusyairi bin Mohamad Tanusi sebagai calon parti baharunya iaitu Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) namun bertanding sebagai calon bebas dengan lambang pokok[8] kerana parti tersebut belum berdaftar secara rasmi.[9] Pada 15 Ogos, seorang bekas guru,[10] Santhara Sekaran Subramaniam, menyerahkan borang pencalonan beliau di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim.[11] Beliau bertanding sebagai calon bebas dengan lambang buku.[12]
Selain calon-calon tersebut, terdapat dua orang yang tidak dapat mencalonkan diri mereka atas sebab-sebab tersendiri; Mohd Ikmal Mohd Iskandar kerana masalah teknikal ketika pengisian borang manakala Nadarajah Veerapan pula kerana pencadang dan penyokongnya tidak sempat hadir ke pusat penamaan sebelum pukul 10 pagi.[12]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Keputusan terdahulu
Lihat juga
Catatan
- Amir Khusyairi mewakili parti PEJUANG namun bertanding atas tiket calon bebas kerana parti tersebut belum berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads