Pilihan raya umum Malaysia 1986
pilihan raya di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 merupakan pilihan raya umum yang ke-7 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang kedua sejak Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Dengan kemenangan 148 kerusi daripada 177 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 83.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir. Bagaimanapun, bilangan undi sebanyak 55.8% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 29 kerusi yang tinggal, iaitu 16.4% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Sementara PAS hanya memenangi satu kerusi iaitu kerusi Parlimen Pengkalan Chepa,Kelantan melalui Allahyarham Haji Nik Abdullah Arsyad
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
- Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya (PDF) – satu himpunan kerta kertas 62-halaman daripada Institut Penyelidikan Asia Tenggara selepas pilihan raya 1999.
| Didahului oleh: 1982 |
Pilihan Raya Umum Malaysia | Diikuti oleh: 1990 |
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads

