Pincer monyet

baka anjing dari Jerman From Wikipedia, the free encyclopedia

Pincer monyet
Remove ads

Pincer monyet atau affenpinscher[a] ialah satu baka anjing mainan kecil Jerman daripada jenis pincer.[1]:30 Pincer monyet, yang pada asalnya dikembangkan sebagai anjing pemburu tikus, kini lazimnya terdapat sebagai pendamping di seluruh dunia.[2]

Fakta Segera Negara asal, Trait ...
Remove ads

Sejarah

Thumb
Fotograf dari sekitar 1915

Perkataan Affenpinscher diterbitkan daripada Affe, bahasa Jerman untuk "beruk" atau "monyet"; ia kadang-kadang diterjemahkan sebagai "terier monyet", walaupun anjing ini merupakan pincer dan bukan terier.[1]:30[3]

Asal usul kumpulan anjing pincer tidak diketahui.[4] Anjing jenis ini, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin, secara tradisional dibela sebagai anjing pedati atau sebagai anjing kandang kuda, dan kadang-kadang dikenali sebagai Stallpinscher ("pincer kandang kuda"); ia merupakan anjing pemburu tikus berkemampuan.[4] Sehingga lewat abad kesembilan belas, kedua-dua jenis berbulu kasar dan berbulu licin dikenali sebagai deutscher Pinscher ("pincer Jerman") dan berasal daripada zuriat sama; anak-anak anjing kedua-dua jenis boleh hadir dalam perinduk sama.[4]

Pada tahun 1880, pincer dicatatkan dalam Deutschen Hundestammbuch ("Buku Pembaka Anjing Jerman") bagi Verein zur Veredelung der Hunderassen.[5] Pada tahun 1895, Ludwig Beckmann [de] memerihalkan lima keragaman pincer – pincer berbulu kasar dan berbulu licin, pincer katik berbulu kasar dan berbulu licin, dan pincer monyet.[4][6]:152 Pada tahun 1895, sebuah persatuan baka, iaitu Pinscher-Schnauzer-Klub, ditubuhkan untuk kedua-dua jenis, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin.[5]

Anjing jenis pincer monyet telah dikenali sejak kira-kira tahun 1600.[2] Pada asalnya terdapat dua saiz, saiz lebih besar kini pupus.[1]:30 Saiz lebih besar adalah hampir-hampir setinggi 30–33 sentimeter (12–13 in) dan terdapat dalam warna kelabu, perang kekuning-kuningan, hitam, sawo matang, dan merah.[2] Kaki dan dada putih juga umum.[2] Baka ini dihasilkan untuk menjadi anjing pemburu tikus di rumah yang bekerja untuk menghapuskan tikus dari dapur dan juga jelapang dan kandang kuda.[7] Pembiak baka awal menyilangkan pelbagai schnauzer dan pincer dengan matlamat untuk menghasilkan anjing pemburu mencit yang juga merupakan anjing pendamping bagus.[2] Sesetengah baka yang mungkin telah disertakan untuk menghasilkan pincer monyet merupakan pug, pincer Jerman, schnauzer, dan pincer sutera.[2]

Baka ini hadir lebih awal dan merupakan leluhur kepada grifon Brussel dan schnauzer kerdil yang disangkakan sebagai silangan antara pincer monyet dengan schnauzer sederhana sebagai tambahan kepada baka-baka lain.[8][1]:30 Baka ini diiktiraf oleh AKC pada tahun 1935 dan FCI pada tahun 1955.[9][10][11][12]

Thumb
Dalam pertunjukan anjing

Banana Joe V Tani Kazari, juga dikenali sebagai Joe, seekor pincer monyet berusia lima tahun, dinobatkan sebagai Best in Show dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club tahun 2013 di Bandar Raya New York.[13]

Remove ads

Perihal

Thumb

Affenpinscher pada umumnya mempunyai berat 4–6 kilogram (9–13 lb) dan berdiri setinggi sekitar 25–30 sentimeter (10–12 in) pada paras kelasa.[10][11][12] Ia mempunyai lapis bulu kasar apabila tidak dipangkas, tetapi jika dipangkas, lapis bulunya dapat menjadi lebih lembut dan lebih gebu. Ia mempunyai wajah mirip monyet yang ketara (Affe ialah perkataan bahasa Jerman untuk "monyet"). Lapis bulunya lebih berjumbai di atas kepala dan bahu yang membentuk surai, dengan lapis bulu lebih pendek di atas belakang dan di sukuan belakang. Teksturnya kasar dan mirip dawai apabila dijaga dengan betul. Piawaian baka Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan The Kennel Club British menyatakan bahawa lapis bulunya mesti berwarna hitam,[10][11][14] tetapi American Kennel Club juga mengizinkan kelabu, perak, merah, hitam dan sawo matang, serta kuning air (campuran bulu merah, perang, hitam, dan putih).[15]

Pincer monyet mempunyai rupa tersendiri yang dikaitkan dengan terier. Walau bagaimanapun, ia sebahagian daripada "Kumpulan 2, Seksyen 1: Pincer dan Schnauzer" dalam pengelasan FCI dan bukan dalam kumpulan terier.[16]

Remove ads

Kesihatan

Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 9.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[17]

Pincer monyet terdedah kepada displasia pinggul.[18] Seperti banyak baka anjing kecil, ia terdedah kepada tenggorokan runtuh dan tempurung lutut terkehel.[19] Sesetengah anjing terdedah kepada retakan, PDA, fontanel terbuka, dan masalah pernafasan dalam cuaca panas. Keadaan mata seperti katarak kadang-kadang dilaporkan.[20] Kebimbangan yang menjadi-jadi ialah siringomielia, walaupun kejadiannya pada masa ini belum diketahui.[21]

Anjing betina lebih terdedah kepada alopesia lambung bermusim, yang kelihatannya menjejaskannya semasa musim sejuk.[22]

Catatan

  1. Jawi: ڤينچر موڽيت, افنڤينچر, Sebutan bahasa Melayu: [afənpint͡ʃər]; Jerman: Affenpinscher, bahasa Jerman: [ˈafn̩ˌpɪnʃɐ]  ( dengar)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads