Pinus

genus tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia

Pinus
Remove ads

Pinus ialah genus tumbuhan konifer[1] dalam keluarga Pinaceae merangkumi 187 spesies pokok[2] yang diberikan nama-nama umum tusam,[3][sumber lebih baik diperlukan] pain atau sanubar.[4] Spesies-spesies dalam genus ini banyak bertaburan di Hemisfera Utara terutamanya di kawasan pergunungan bertanah baik;[5] ada satu spesies pokok yang boleh didapati di kawasan beriklim tropika iaitu Pinus merkusii pada garis lintang 2° Selatan dari Khatulistiwa di pulau Sumatera.[6]

Fakta Segera TusamPain Julat zaman: Barremia–Terkini, Pengelasan saintifik ...
Remove ads

Peristilahan

Perkataan pain[7] diserap daripada kata Inggeris pine yang dijejak semula pada kata Latin pīnus[8] yang dipakai pada spesies Pinus sylvestris.[9] Kata Latin itu juga diserap menjadi nama genus pokok ini.

Perkataan "sanubar" diserap daripada صَنَوْبَر ṣanawbar dalam bahasa Arab melalui bahasa Parsi.[10]

Ciri-ciri

Pokok-pokok tusam atau pain ini jenis malar hijau yang mampu tumbuh setinggi 3 hingga 80 meter purata; banyak spesies tusam mampu mencecah ketinggian 15 hingga 45 meter.[11] Batang kayu pokok ini cenderung berkulit tebal dan bersisik namun ada jenis yang berkulit nipis juga.[12]

Pokok tusam hidup lama mencecah 100 hingga 1,000 tahun atau lebih. Pokok yang diukur paling tua pernah ditemukan di kaki Gunung Wheeler terletak di barat Nevada, Amerika Syarikat yang berusia 4,900 tahun; pokok itu ditumbangkan tanpa disedari dalam suatu kerja penyelidikan iklim setempat pada 1964.[13][14] Spesies yang masih hidup pada hari ini didapati di Pergunungan Putih, tenggara California dengan nama "Methuselah" yang berusia sampai 4,600 tahun.[15]

Remove ads

Kegunaan

Dalam perkakasan

Kayu tusam merupakan antara jenis kayu yang paling direbutkan secara komersil dalam pembuatan perabot dan kertas di serata dunia.[16][17]

Daun-daun pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan: pucuknya boleh digantung sebagai hiasan[18] manakala dedaunnya boleh dianyam menjadi bakul atau bekas.[19]

Sebagai sumber makanan

Biji keras yang didapatkan dari buah pokok genus ini dapat digunakan dalam pelbagai jenis masakan terutamanya sebagai ramuan pesto di Itali serta sajian seperti kibbeh, sambusak, baklava dan sebagainya di Timur Tengah.

Daun-daun tusam muda boleh diseduh dan diminum airnya seakan-akan teh dalam kalangan orang-orang Nordik dan Asia Timur,[20][21] ia turut dijadikan bahan pembuatan arak khas di rantau Asia.[21]

Umbut teras batang tusam boleh dimakan mentah atau dikisar menjadi tepung yang boleh dibuat roti atau pemekat kuah sup.[20] Kulit kayunya kaya dengan vitamin A dan C.[22]

Perubatan

Para tabib Cina menggunakan getah tusam untuk merawat luka terbakar dan masalah kulit lain.[23]

Lihat juga

  • Fir, tumbuhan dalam genus Abies.
  • Ru, sejenis tumbuhan seakan-akan tusam.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads