Pokok Krismas

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pokok Krismas
Remove ads

Pokok Krismas (Jawi: ڤوکوق کريسمس, bahasa Inggeris: Christmas tree) merupakan pokok hiasan, kebiasaannya daripada jenis konifer yang menjadi tradisi dalam perayaan hari Natal. Pokok Krismas tiruan pula adalah objek yang menyerupai sebatang pohon, yang biasanya dibuat daripada polivinil klorida (PVC).

Thumb
Pokok Krismas di rumah orang Denmark.

Pokok itu secara tradisinya dihiasi dengan bahan yang boleh dimakan seperti epal, kacang atau kurma. Pada abad ke-18, bahan tersebut kemudiannya digantikan dengan lilin, dimana pada zaman itu belum terdapatnya bekalan elektrik. Kini, pokok Krismas dihiasi dengan pelbagai jenis perhiasan seperti kalungan, jurai dan gula-gula tongkat. Hiasan berbentuk malaikat dan bintang pula diletakkan pada bahagian atas pokok, sebagai simbol kepada malaikat atau Bintang Betlehem daripada peristiwa kelahiran Yesus.

Ia diperkenalkan Permaisuri Charlotte dari Mecklenburg-Strelitz ke England pada 1800.[1] Ia masyhur lanjut dengan perkahwinan Ratu Victoria kepada pupundanya Albert serta majlis Krismas mereka berdua pada 1841.[2]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads