Presiden Singapura
ketua negara Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Presiden Republik Singapura merupakan ketua negara Singapura yang dipilih oleh rakyatnya menerusi pilihan raya presiden sejak Ogos 1993. Sebelum ini, hanya Parlimen Singapura sahaja yang bertanggungjawab melantik Presiden.
Presiden yang terpilih akan memegang jawatan selama enam tahun. Beliau mempunyai kuasa untuk menolak belanjawan negara dan tidak menerima perlantikan seseorang dalam jawatan penting negara. Beliau juga diberi kuasa untuk memeriksa pemerintah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keharmonian agama dan di dalam penyiasatan kes-kes rasuah. Beliau merupakan institusi bebas yang ditubuhkan untuk memeriksa pemerintahan yang kurang baik.
Sebuah Majlis Penasihat Presiden ditubuhkan untuk memberi nasihat dan saranan untuk membantu Presiden melaksanakan tanggungjawabnya. Presiden mesti meminta pandangan majlis untuk melakukan tugasnya, seperti meluluskan perlantikan pegawai awam dalam jawatan penting.
Presiden yang terkini adalah Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi pilihan raya presiden 2023.[1]
Remove ads
Sejarah
Pejabat Presiden ditubuhkan apabila Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.[2] Ia menggantikan pejabat Yang di-Pertuan Negara yang dicipta apabila Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri pada tahun 1959. Encik Yusof Ishak, Yang di-Pertuan Negara yang terakhir, sekaligus menjadi Presiden pada 9 Ogos 1965.
Senarai Presiden Republik Singapura
Bekas presiden yang masih hidup
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads