Prokariot

From Wikipedia, the free encyclopedia

Prokariot
Remove ads

Prokariot merupakan sekelompok organisma yang tidak mempunyai nukleus sel (karyon), ataupun sebarang organel terikat membran yang lain. Organisma yang bernukleus sel pula dipanggil eukariot. Kebanyakan prokariot ialah unisel, namun, sebilangan kecilnya seperti miksobakteria mempunyai peringkat multisel dalam kitaran hidupnya[1] atau mempunyai koloni besar seperti cyanobakteria. Istilah prokariot berasal dari gabungan perkataan Yunani πρό- (pro-) "sebelum" + καρυόν (karyon) "kacang atau inti".[2] Prokariot tiada nukleus, mitokondria, mahupun sebarang organel yang diikat dengan membran. Dalam erti kata lain, DNA mahupun sebarang tempat kegiatan metaboliknya yang lain tidak sama sekali disimpan bersama-sama dalam suatu tempat yang dilitupi dengan membran. Sebaliknya, semua anggota adalah terbuka sekali di dalam sel, apalagi ada yang terapung bebas.[3] Prokariot tergolong dalam dua domain taksonomi, iaitu bakteria dan arkea. Arkea diperakui sebagai satu domain kehidupan pada tahun 1990. Organisma-organisma ini pernah dipercayai hanya hidup dalam keadaan-keadaan yang tidak sesuai didiami organisma lain seperti suhu, pH, dan sinaran yang melampau, tetapi sebenarnya ditemui di segala jenis habitat.

Thumb
Struktur sel sebutir bakteria, salah satu daripada dua domain hidupan prokariot.
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads