Pustaka Antara

From Wikipedia, the free encyclopedia

Pustaka Antara
Remove ads

Pustaka Antara ialah sebuah syarikat penerbitan buku dan kedai buku yang terkenal di Malaysia, terutamanya untuk peranan pentingnya dalam kesusasteraan dan bahan pendidikan Melayu.Ia merupakan penerbit penting untuk karya penulis ternama Malaysia dan Indonesia.[1]

Thumb
Datuk Abdul Aziz Ahmad, pengasas Pustaka Antara

Menurut Roosfa Hashim (2011:1), Selama tiga dekad, iaitu sekitar tahun 50am-70an, Pustaka Antara merupakan pengedar buku berbahasa Melayu dan Indonesia yang terbesar di Malaysia.[2] Pustaka Antara telah ditubuhkan oleh Datuk Abdul Aziz Ahmad pada tahun 1953 dan beroperasi di premis beralamat 399 A, Jalan Tuanku Abdul Rahman, iaitu bersebelahan dengan Bangunan UMNO. Sebelumnya mereka beroperasi di sebuah premis beralamat di no.531 di kawasan yang sama.

Remove ads

Penerbitan

Pustaka Antara telah menerbitkan pelbagai buku, termasuk fiksyen, bukan fiksyen, dan teks pendidikan, dengan tumpuan yang kuat terhadap sastera Islam dan Melayu.[1]

Thumb
Logo Penerbit Pustaka Antara, Kuala Lumpur

Menjadi pilihan penulis terkenal

Selain menjadi pengedar, Pustaka Antara turut menerbit buku-buku yang dihasilkan oleh penulis ternama dari Indonesia, umpamanya HAMKA, Sidi Gazalba dan Pramoedya Ananta Toer. Sementara penulis tempatan yang karyanya pernah diiterbitkan oleh Pustaka Antara ialah Matlob, A. Samad Said, Arena Wati, Ajikik, Mokhtar Petah, Asmah Omar, Awam-il Sarkam, Nora dan ramai lagi. Selain menerbitkan karya yang dihasilkan oleh sasterawan, penulis dan ahli akademik, Pustaka Antara turut menerbitkan naskah yang dihasilkan oleh ahli politik, umpamanya naskah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang berjudul 'Looking Back' pada tahun 1977, naskah Tun Dr. Mahathir  berjudul 'Cabaran!' diterbitkan pada tahun 1976, kemudian Datuk Senu Abdul Rahman turut menghasilkan karya 'Keselamatan Sudah Tidak Terjamin: Masa Sudah Tiba Untuk Kita Berterus Terang' yang diterbitkan dalam tahun yang sama.[3] Pada tahun 1991, Pustaka Antara menerbitkan Memoir Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dihasilkan oleh Tan Sri Shariff Ahmad.[1]

Remove ads

Kedai Buku

Pustaka Antara juga mengendalikan kedai buku. Lokasi utamanya terletak di Kompleks Wilayah di Kuala Lumpur.[4] Operasi Pustaka Antara Sdn Bhd di Kompleks Wilayah Kuala Lumpur telah ditutup secara kekal. Walau bagaimanapun, buku-buku terbitannya masih boleh didapati melalui pelbagai penjual buku dalam talian dan kedai buku lain di Malaysia. Dahulunya Alamat kedai buku yang dahulu disenaraikan di Lot UG 07 & 09, Tingkat Atas Tanah, Kompleks Wilayah, No. 2, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Akhbar Watan dan ISA

Selain menerbitkan buku, Pustaka Antara untuk menerbitkan sebuah akhbar yang cukup popular sekitar tahun 80an, iaitu akhbar Watan. Namun, atas kandungannya yang dikatakan menyemarakkan fahaman komunis, akhbar ini mendapat perhatian daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Padah akhirnya datang pada 13 Oktober 1981, dimana wartawan kanan akhbar berkenaan, Abdul Halim Mahmood telah dikenakan tahanan tanpa bicara atau ISA atas kesalahan membenarkan akhbar kelolaannya menjadi alat penyebaran ideologi komunis ( Berita Harian, 13 Oktober 1981).[5] Abdul Halim ditahan ketika dalam perjalanan ke pejabat beliau di bangunan Pustaka Antara sekitar jam 8.30 pagi.[1]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads