Putu piring

snek manisan tepung beras kukus malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Putu piring
Remove ads

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Tetapi kini ia turut menjadi hidangan pilihan di hotel terkemuka di Malaysia.[1] Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Putu berasal dari Kerala & Tamilnadu, India. Putu adalah daripada bahasa Tamil yang bermaksud “pinch” dalam Bahasa Inggeris dan “meremuk” dalam Bahasa Melayu. [perlu rujukan]Contohnya, orang Tamil juga mempunyai hidangan ikan yang sangat terkenal yang dikenali sebagai meen puttu (puttu ikan). Meen puttu dihasilkan dengan meremukkan ikan dengan rempah. Terdapat dua jenis puttu iaitu puttu manis dan puttu savori. Puttu manis selalu dihidangkan dengan kelapa parut dan gula manakala puttu savori dihidangkan dengan kadalai kolumbu (kari kacang kuda). Dalam kalangan orang Tamil dari Sri Lanka, puttu dihidangkan dengan sothi (sejenis kuah yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat tamil). Puttu manis juga boleh didapati dalam banyak variasi seperti kervezhagu, rava, kezhangu, arisi dan banyak lagi.

  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Fakta Segera Putu Piring ڤوتو ڤيريڠ, Nama alternatif ...

Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut.Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning.

Remove ads

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads