Radar Erieye
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sistem radar Erieye adalah sebuah Sistem Kawalan dan Amaran Awal Udara (AEW&C) yang dibangunkan oleh Saab Electronic Defence Systems (dulunya Ericsson Microwave Systems) dari Sweden. Ia menggunakan teknologi jujukan diimbas secara elektronik aktif (active electronically scanned array-AESA). Erieye digunakan pada pelbagai platform pesawat seperti Saab 340 dan Embraer R-99. Baru-baru ini ia telah dipasang pada pesawat Bombardier Global 6000 dan diberi nama GlobalEye.
Erieye Ground Interface Segment (EGIS; jangan dikelirukan dengan sistem tempur Aegis) merupakan komponen perisian utama yang digunakan oleh sistem Erieye.
Radar ini memberi litupan 300 darjah dan memiliki jarak sejauh 450 km dan jarak pengesan sejauh 350 km dalam persekitaran peperangan elektronik—dalam kawalan radar yang tinggi dan altitud sasaran rendah. Selain itu, radar ini juga boleh membezakan sekutu atau musuh, dan mod pengawasan laut.
Sistem Erieye boleh dioperasikan sepenuhnya dengan sistem kawalan dan arahan pertahanan udara NATO.
Remove ads
Sejarah

Pada tahun 1985, Ericsson Microwave Systems telah diberi kontrak oleh Pentadbiran Peralatanan Pertahanan Sweden yang mana kemudian menghasilkan radar PS-890 Erieye AEW. Pada tahun yang sama, sebuah antena jujukan fasa dua-sisi olok telah diuji pada sebuah pesawat berenjin kembar, Fairchild Metro. Pada tahun 1987, pesawat Metro telah dipasang dengan sistem radar untuk ujian penerbangan. Pengeluaran radar bermula pada tahun 1993 diikuti dengan satu tempahan untuk enam buah radar kepada Tentera Udara Sweden untuk dipasang pada pesawat Saab 340. Dua buah radar pertama telah diserahkan pada tahun 1996. The name Erieye is short for Ericsson eye.
Remove ads
Pembangunan
GlobalEye terdiri dari satu sut penderia yang menggunakan sistem radar dan misi Erieye ER (Extended Range), dipasang pada jet perniagaan jarak jauh Bombardier Global 6000.[1]
Pengguna

- Tentera Udara Brazil — Embraer R-99
- Tentera Udara Greece — Saab 340, Embraer R-99/EMB-145H
- Tentera Udara Mexico — Embraer R-99
- Tentera Udara Pakistan — Saab E-2000
- Tentera Udara Diraja Arab Saudi — Saab E-2000[2][3]
- Tentera Udara Sweden — Saab 340
- Tentera Udara Diraja Thailand — Saab 340
- Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu — Saab 340,[4] Global 6000[5]
Kegunaan
- Embraer R-99 (EMB-145)
- GlobalEye, AEW&C solution on the Bombardier Global 6000
- Saab 340 AEW&C
- Saab 2000
- Fairchild Swearingen Metroliner (trials)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads