Rahah Mohamed Noah

isteri Perdana Menteri Malaysia kedua serta ibu Perdana Menteri Malaysia keenam From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Allahyarhamah Tun Dato' Indera Hajah Rahah binti Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah (11 Jun 1933 – 18 Disember 2020) ialah balu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Dato' Hussein dan ibu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib. Beliau ialah anak kepada Tan Sri Dato' Mohamed Noah Omar, Yang di-Pertua Dewan Rakyat pertama.

Fakta Segera Raja, Perdana Menteri ...

Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur, Malaysia.

Remove ads

Biografi

Rahah dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor. Beliau ialah anak kedua daripada empat beradik dan anak kepada Mohamed Noah Omar. Semasa bersekolah di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru, Rahah diperkenalkan kepada Abdul Razak Hussein yang pada ketika itu sudah menjadi ahli aktif parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) oleh Taib Andak, rakan kepada Abdul Razak semasa belajar di London. Mereka berkahwin pada 4 September 1952, ketika Rahah berusia 19 tahun, manakala Razak sudah berusia 30 tahun (kerana jarak umur yang agak jauh iaitu 11 tahun perbezaan).[1]

Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970. Sebagai pasangan perdana menteri, Rahah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan penaung Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).[1] Pada tahun 1976, suami beliau meninggal dunia, meninggalkan Rahah menjadi balu pada usia 43 tahun.

Rahah ialah canselor Universiti Tun Abdul Razak, universiti yang ditubuhkan untuk memperingati jasa suaminya.[1] Oleh kerana Abdul Razak ialah perdana menteri yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Republik Rakyat China, semua duta besar China membuat kunjungan hormat kepada Rahah setelah tiba di Malaysia.[2]

Dalam satu temu bual bersama Rahah pada tahun 2011, beliau berkata bahawa beliau menghabiskan sebahagian besar masanya menghadiri kelas agama bersama dengan rakan-rakan.[3]

Remove ads

Meninggal dunia

Tun Rahah meninggal dunia pada 18 Disember 2020 di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur pada usia 87 tahun.[4]

Tun Rahah telah diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Negara bagi mengenang jasa beliau sebagai seorang tokoh wanita negara dan telah disempurnakan di Lingkaran Makam Pahlawan pada 19 Disember 2020.[5]

Suami beliau, Tun Abdul Razak Hussein disemadikan di Makam Pahlawan, Tan Sri Mohamed Noah Omar dan kakaknya, Tun Suhailah Mohamed Noah disemadikan bersama beliau di Lingkaran Makam Pahlawan.

Remove ads

Keluarga

Abdul Razak dan Rahah mempunyai lima orang anak:[1]

Kakak kepada Rahah, Suhailah, berkahwin dengan pengganti Abdul Razak sebagai perdana menteri, Hussein Onn.[7]

Anugerah

Malaysia

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads