Rai

From Wikipedia, the free encyclopedia

Rai
Remove ads

Rai (Secale cereale) merupakan sejenis tumbuhan bijirin yang ditanam sebagai bijirin dan makanan ternak. Rai merupakan ahli dalam puak gandum (Triticeae) dan bersaudara rapat dengan barli dan gandum. Bijian rai dapat dijadikan tepung, roti rai, bir rai, sebahagian wiski, sebahagian vodka, dan dedak untuk makanan ternakan.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...
Thumb
Secale cereale
Remove ads

Sejarah

Thumb
Rye grains

Rai ialah salah satu spesies tumbuhan yang tumbuh liar di kawasan tengah dan timur Turki serta kawasan di sekelilingnya. Peninggalan tanaman rai dijumpai dalam kuantiti yang kecil di beberapa tapak Neolitik di Turki, seperti di Pre-Pottery Neolithic B Can Hasan III berdekatan Çatalhöyük,[1] namun tidak muncul lagi dalam catatan sejarah zaman tersebut sehingga Zaman Gangsa di Eropah Tengah sekitar 1800–1500 SM.[2]

Meskipun bukti arkeologi ada menunjukan kewujudan bijian ini dalam tamadun Rom sepanjang sungai-sungai Rhine dan Danube, serta di Ireland dan Britain,[3] Plinius yang Tua dalam tulisannya menganggap rai sebagai "makanan yang lemah dan hanya digunakan untuk mengalas kelaparan"[4] and gandum bersekam (spelt) dicampurkan ke dalamnya "untuk menghilangkan rasa pahit rai namun ia tidak menyelerakan bagi perut".[5]

Tumbuhan ini ditanam secara meluas pada Zaman Pertengahan di kawasan Eropah Timur dan Tengah. Ia menjadi bijirin roti utama di kebanyakan kawasan timur sempadan Jerman-Perancis dan utara Hungary, malah rai juga ditanam di tanah kecil sekitar Eropah Selatan.

Thumb
Pengeluaran rai pada 2005
Remove ads

Penghasilan

Maklumat lanjut Sebelas Pengeluar Rai Utama— 2005 (juta tan metrik) ...
Maklumat lanjut Mineral ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads