Raja Azlan Muzzaffar Shah
Raja Kecil Besar Perak From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (diputerakan pada 14 Mac 2008 di Hospital Pakar Damansara, Selangor) merupakan Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan. Baginda adalah anakanda pertama serta putera sulung kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Baginda ialah salah seorang Raja Bergelar Perak dan waris yang ketiga dalam kedudukan Sistem Hierarki Kesultanan Perak.
Remove ads
Pendidikan
Raja Azlan Muzzaffar Shah menerima pendidikan awal di Alice Smith School, Kuala Lumpur pada 2011 sehingga kini.
Kelahiran
Raja Azlan Muzzaffar Shah diputerakan di Hospital Pakar Damansara, Selangor pada jam 10:00 pagi tanggal 14 Mac 2008 dan merupakan putera tunggal kepada Sultan Nazrin Shah bersama Tuanku Zara.
Kehidupan diraja
Raja Azlan Muzzaffar Shah mempunyai seorang adinda perempuan, Raja Nazira Safya yang diputerakan pada 2 Ogos 2011.
Raja Azlan Muzzaffar Shah juga merupakan cucunda kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun.
Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan
Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 yang bersidang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar telah memutuskan bahawa Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dikurniakan pangkat raja bergelar iaitu dengan gelaran Yang Teramat Mula Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan berkuat kuasa pada 20 Jun 2014 sekaligus menjadikan baginda sebagai pewaris ketiga takhta kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.
Kerabat dan keluarga
Remove ads
Terasul dan gelaran
- 14 Mac 2008 - 2 Ogos 2011 : Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Raja Nazrin Shah
- 2 Ogos 2011 - 20 Jun 2014 : Yang Amat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
- 20 Jun 2014 - kini : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Nama penuh berserta gelaran rasmi ialah: Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, S.P.C.M., S.P.M.P.
Remove ads
Darjah kebesaran
Raja Azlan Muzzaffar telah dikurniakan:
Perak:
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M) - Dato' Seri (27 Ogos 2016)
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P) - Dato' Seri (20 Jun 2014)
Keturunan diraja
Pautan luar
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads