Tuanku Zara Salim
Raja Permaisuri Perak From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tuanku Zara Salim (lahir Zara binti Salim Davidson; 22 Mac 1973) merupakan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Baginda adalah permaisuri (isteri) kepada Paduka Seri Sultan Perak yang ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Remove ads
Biodata
Baginda merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik kepada pasangan Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson dan Dato' Seri Sharifah Azaliah Binti Syed Omar. Tuanku Raja Permaisuri Zara Salim merupakan puteri tunggal kepada Dato' Seri Salim Davidson.
Baginda mempunyai darah campuran Inggeris di sebelah bapanya manakala di sebelah ibunya Sharifah Azaliah binti Syed Omar mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam. Bapanya Salim Davidson merupakan seorang peguam yang terkemuka.
Tuanku Zara Salim juga merupakan cicit kepada Sultan Kedah ke-26, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah manakala datuknya, Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin ialah Menteri Besar Kedah ketiga. Syed Omar belajar di London bersama dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Isteri Syed Omar, Tunku Aminah binti Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adalah anakanda Sultan Kedah ke-26 Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga merupakan adik kandung Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Remove ads
Pendidikan
Sebelum ini Tuanku Zara merupakan seorang yang kurang dikenali, akan tetapi baginda merupakan pelajar cemerlang di Universiti Nottingham serta berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Kimia pada Julai 1995.
Secara kebetulan, ayahanda mentuanya Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, juga adalah penuntut jurusan undang-undang di universiti yang sama serta mendapat Ijazah Kelas Pertama Undang-Undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954.
Kecemerlangan dan ciri kepemimpinan Tuanku Zara sudah terserlah pada peringkat sekolah lagi kerana beliau pernah dilantik sebagai pengawas ketika di Tingkatan Empat dan Lima pada 1989 dan 1990 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh dan turut aktif dalam sukan seperti Tenis, Skuasy dan Taekwando.
Baginda mempunyai minat yang mendalam dalam bahasa asing. Baginda juga mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh dan pernah mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Perak dalam acara sukan renang antara 1981 hingga 1987. Baginda merupakan bekas perenang Perak. Tuanku Zara juga mempunyai sijil penyelamat renang yang bertauliah dan amat meminati aktiviti sukan lasak.
Selepas menamatkan A-Level di Prime College di Ipoh pada 1992, Tuanku Zara Salim berangkat ke Britain bagi melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995.
Remove ads
Kerjaya dan peranan
Baginda pernah bekerja dengan anak syarikat Petronas, Petlin (M) Sdn. Bhd. sebagai pengurus produk di Kerteh, Terengganu. Selain itu, baginda juga pernah menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, Syarikat Pembangunan Perisian dan Kejuruteraan Teknikal Hidrokarbon di Kuala Lumpur.
Pada 1 Januari 2012, Duli Yang Maha Muila Tuanku Zara Salim telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Baginda juga merupakan Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.
Perkahwinan
Pemilihan DYTM Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah menjadikan Tuanku Zara sebagai teman hidup baginda adalah pilihan paling tepat, apatah lagi keperibadian tinggi dan kehalusan budi terpancar pada raut wajah Tuanku Zara yang lemah lembut.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan,Kuala Kangsar. Tuanku Zara kemudiannya dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak oleh ayahanda mentuanya Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar selepas berlangsungnya majlis perkahwinan diraja baginda berdua. Tuanku Zara juga dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan Shah (D.K.S.A).
Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera, Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzaffar Shah yang diputerakan pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya yang diputerakan pada 2 Ogos 2011.
Remove ads
Raja Permaisuri Perak
Tuanku Zara Salim telah dimasyhur dan dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak pada 20 Jun 2014 oleh Dewan Negara Perak selepas suami baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 pada 28 Mei 2014 berikutan kemangkatan ayahanda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah.
Keluarga dan kerabat
Hasil perkahwinan Sultan Nazrin Shah dengan Tuanku Zara Salim dikurniakan dua orang anakanda iaitu seorang putera, Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan seorang puteri, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya.
Remove ads
Terasul dan gelaran
- 22 Mac 1973 - 17 Mei 2007: Yang Mulia Che' Zara binti Salim Davidson
- 17 Mei 2007 - 28 Mei 2014: Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim
- 28 Mei 2014 - 20 Jun 2014: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim
- 20 Jun 2014 - kini: Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim
Gelaran penuh baginda ialah:
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim, D.K., D.K.S.A., D.K.A.
Remove ads
Darjah kebesaran
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Pada 6 Mei 2015)
Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati (D.K.S.A.) (Pada 18 Mei 2007)
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- Zara Salim Davidson will become Raja Puan Besar of Perak The Star, 11 May 2007.
- Zara is great-grandchild of Kedah’s Sultan Abdul Hamid The Star, 11 May 2007.
- Ex-Nottingham U Top Student Zara Davidson To Wed Raja Muda Of Perak Bernama, 8 May 2007.
- Raja Muda Perak And Zara Tie The Knot Bernama, 17 May 2007.
- Tuanku Zara Is Raja Puan Besar Perak Bernama, 18 May 2007.
- Find Articles: Son for Raja Nazrin, Tunku Zara New Straits Times, 15 March 2008.
- Young prince makes the photographers day New Straits Times, 22 May 2012.
- ‘Confidence in legal system vital’ The Star, 23 May 2012.
- Lawasia: Lawyers - Dato’ William Stanley Walker Davidson Diarkibkan 2011-08-19 di Wayback Machine Retrieved 30 January 2011.
- Perak - The Siak Dynasty: Genealogy Retrieved 30 January 2011.
Remove ads
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads