Rasa Sayang
lagu rakyat From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Rasa Sayang (Jawi: راس سايڠ) ialah sebuah lagu rakyat dalam bahasa Melayu yang popular di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. "Rasa Sayang" agak mirip dengan Dondang sayang dan banyak lagi lagu Melayu lain yang digubah dalam bentuk pantun, salah satu bentuk puisi tradisional Melayu [1]. Apabila dimainkan, lagu ini dibentukkan seperti sajak atau pantun yang bersahutan. Lagu ini mempunyai banyak versi kerana liriknya boleh dibuat sendiri berdasarkan maksud dan tujuan yang ingin diajukan. Walaupun begitu, liriknya sentiasa dimulakan dengan frasa serupa seperti ini: "Rasa Sayang hey, Rasa Sayang Sayang hey, Hey lihat Nona Jauh, Rasa Sayang Sayang hey".
![]() |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Remove ads
Teori dan Sejarah
Lagu Rasa Sayang berasal dari Melaka pada abad ke 15 kerana pengaruh Baba dan Nyonya yang sinonim dengan budaya Melayu dan Melaka.
Lirik dalam nyanyian juga ada memetik perkataan Nyonya yang menguatkan lagi kaitan lagu ini dengan budaya Melayu Melaka.
Dakwaan pendapat yang mengatakan lagu ini berasal dari Ambon, Maluku, Indonesia[2] diragukan kerana bahasa Melayu dan tradisi berbalas pantun bukan berasal dari Maluku walaupun bahasa mereka adalah bahasa Melayu Maluku/Ambon dari Kesultanan Ternate. Sedangkan tradisi berpantun sinonim dengan orang Melayu , Baba Nyonya dan Chetty.
Remove ads
Lirik
Oleh kerana lagu ini adalah dalam bentuk pantun, bagi setiap rangkapnya, dua baris pertama memberikan rima untuk dua baris akhir yang menyampaikan mesej. Terdapat banyak versi lirik "Rasa Sayang", tapi ia mesti dimulakan dengan rangkap berikut:
Rasa sayang hey
Rasa sayang-sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Rangkap di atas akan diikut dengan pelbagai jenis pantun Melayu yang popular.
Remove ads
Kontroversi
Lagu ini digunakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mempromosikan Malaysia, yang dikeluarkan sekira bulan Oktober 2007. Menteri Pelancongan Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa lagu Rasa Sayang merupakan lagu kepulauan Nusantara dan milik bersama rumpun Melayu di Indonesia dan Malaysia[4]. Gabenor Maluku Karel Albert Ralahalu pula berkeras bahawa lagu "Rasa Sayange" ialah kepunyaan Indonesia, kerana merupakan lagu rakyat yang telah membudaya di negara itu sejak lama dahulu, dan mendakwa Malaysia mengada-adakan kisah itu.[5] Gabenor berusaha untuk mengumpulkan bukti kukuh bahawa lagu Rasa Sayange merupakan lagu rakyat Maluku, dan setelah bukti tersebut terkumpul, akan diberikan kepada Menteri Kebudayaan dan Pelancongan.
Menteri Pelancongan Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa rakyat Indonesia tidak boleh membuktikan bahawa lagu Rasa Sayange merupakan lagu rakyat Indonesia, dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Dr Rais Yatim mencabar mana-mana pihak di Indonesia membuktikan siapa penciptanya dan memberikan buktinya[6]. Bagaimanapun, bukti tersebut akhirnya ditemui. 'Rasa Sayange' diketahui dirakam pertama kali di Indonesia oleh PT Lokananta, Solo, Indonesia pada 15 Ogos 1962 dalam piring hitam Gramophone[7] Rakaman induk dari piring ini masih disimpan oleh PT Lokananta. Rakaman ini dikenali sebagai rakaman pertama mengenai lagu ini. Piring hitam tersebut diedarkan sebagai cenderahati kepada peserta Sukan Asian ke-4 tahun 1962 di Jakarta.
Pelbagai dakwaan telah bertali arus mengenai empunya sebenar lagu Rasa Sayang ini, lagu ini sebelumnya pernah dinyanyikan dalam bahasa Hindi oleh Mohd Rafi dan Lata Mangeshkar dalam filem Singapore 1960 arahan Shakti Samanta. Sesi pengambaran telah diadakan sejak tahun 1959 lagi di Singapura, yang mana ketika itu jelas Singapura berada di bawah Persekutuan Tanah Melayu. Filem ini juga merupakan filem Bollywood pertama yang diadakan sesi penggambaran secara penuh di luar negara India iaitu di Singapura. Filem ini juga dalam bahasa Hindi disebut "Hai Pyar Ka Hi Naam Ra Sa". Ia dibintangi oleh Shammi Kapoor, Maria Menado dan Padmini.[8][9].
Dalam korus yang berlirik Hindi, lagu Rasa Sayang ini berbunyi sebagai: Rasa sayang re, Rasa sayang sayang re, Hey, pyar ka hee nam? (Hey, adakah ini dipanggil cinta?), Rasa sayang sayang re.
Bagaimanapun, lagu tersebut telah lebih dulu digunakan dalam filem Melayu Rasa Sayang Eh yang diterbitkan pada tahun 1959[10][11], dan juga dinyanyikan dalam satu babak filem Antara Dua Darjat (1960) arahan P. Ramlee[12][13]. Lebih daripada itu, pada tahun 1958, sebuah filem Melayu berjudul "Matahari" telah ditayangkan buat tontonan umum, filem ini menceritakan kisah perjuangan menentang penjajahan tentera Jepun di Tanah Melayu. Filem yang dibintangi oleh Maria Menado, Jins Shamsudin, Aziz Jaafar, Ahmad Mahmud ini turut memaparkan segerombolan tentera yang berjalan sambil menyanyikan lagu "Rasa Sayang Eh".[14][15]
Lagu ini juga turut ditayangkan dalam filem Insulinde, filem yang menggambarkan Hindia Belanda tahun 1937 - 1940.[16]
Lagu Rasa Sayang telah digunakan sebagai salah satu lagu latar dalam filem dokumentari British di Tanah Melayu pada tahun 1938 yang dikenali sebagai FIVE FACES. Ini merupakan versi paling awal yang pernah dirakamkan untuk lagu Rasa Sayang.[17][18]
Remove ads
Trivia
- Lagu "Rasa Sayang" adalah di antara lagu latar di dalam filem dokumentari "FIVE FACES" yang diterbitkan pada tahun 1938 di Semenanjung Tanah Melayu.
- Dalam laporan akhbar The Straits Times, 10 Mei 1958, Seorang penyanyi yang tidak dinyatakan namanya oleh pihak wartawan mengaku pernah menyanyikan lagu "Rasa Sayang" di hadapan khalayak ramai buat pertama kali kira-kira 20 tahun yang lalu (1938).[19]
- Pada tahun 1939, lagu "Rasa Sayang" termasuk di antara lagu-lagu yang diputarkan di Radio Pulau Pinang.[20]
- Momo Latiff, seorang penyanyi dan pelakon Melayu merakamkan lagu "Rasa Sayang" di Singapura di antara tahun 1930-an dan 1940-an.[21]
- Lagu Rasa Sayang dinyanyikan dalam filem hitam-putih Jepun yang diterbitkan pada tahun 1943, Marai No Tora ("Harimau Malaya").[22][23]
- Kerajaan Hindia Timur Belanda pernah membuat rakaman promosi menggunakan lagu ini sebelum Perang Dunia II. Filem ini, berjudul Insulinde zooals het leeft en werkt, diterbitkan antara tahun 1937 dan 1940, dan dikelaskan sebagai filem bisu.[24] Salinan filem digital ini disebarkan melalui laman sesawang Youtube oleh pakar multimedia Roy Suryo yang mendakwa menjumpai filem digital, tetapi mengakui belum menjumpai filem asli.[25]
- Penyanyi dan Pelakon wanita Melayu terkenal di Singapura iaitu Siput Sarawak merakamkan lagu "Rasa Sayang Suami Isteri" pada tahun 1949.[26]
- Lagu Rasa Sayang digunakan dalam Matahari (filem) diterbitkan tahun 1958 sebagai lagu latar dan lagu utama dalam rentak kawad dan lagu penutup.[27]
- Rasa Sayang Eh merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada 1959.[28]
- Lagu ini dinyanyikan dalam filem Melayu 1960, Antara Dua Darjat yang diarah oleh P. Ramlee.
- Lagu ini pernah dinyanyikan dalam Bahasa Hindi oleh Mohd Rafi dan Lata Mengeshkar dalam filem Singapore atau Hai Pyar Ka Hi Naam Ra Sa tahun 1960 lakonan Shammi Kapoor dan Padmini.[29][30]
- Lagu "Rasa Sayange" dirakamkan oleh PT. Lokananta, Solo, Indonesia pada 15 Ogos, 1962 pada cakera gramofon. Salinan asal disimpan oleh PT Lokananta. Ini merupakan rakaman ketiga yang diketahui mengenai lagu ini.[perlu rujukan]
- Dalam filem Nasib Si Labu Labi (1963)" yang diarahkan oleh Tan Sri P. Ramlee, lagu "Rasa Sayang Hey" dinyanyikan oleh seorang pemuda ketika dalam babak berkelah di tepi pantai.[31]
Remove ads
Rujukan[32]
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads