Reichstag (Jerman Nazi)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Reichstag ("Parlimen empayar")[2], secara rasminya Großdeutscher Reichstag ("Reichstag Jerman Raya") selepas tahun 1938, adalah Parlimen-pseudo Reich Ketiga dari tahun 1933 hingga 1945. Berikutan pengambilalihan kuasa Nazi dan pelulusan Akta Pengkuasaan 1933, ia bertemu hanya sebagai "rubber stamp" bagi tindakan-tindakan kediktatoran Adolf Hitler—biasanya dengan persetujuan sebulat suara—dan untuk mendengar ucapan Hitler. Dalam peranan beristiadat ini, Reichstag hanya bersidang sebanyak 20 kali, yang terakhir pada 26 April 1942. Presiden Reichstag (Jerman: Reichstagspräsident) sepanjang tempoh ini ialah Hermann Göring.


Semasa waktu ini, Reichstag kadangkala diperli oleh rakyat Jerman sebagai "teuerste Gesangsverein Deutschlands" (kelab menyanyi paling mahal di Jerman) kerana kekerapan menyanyikan lagu kebangsaan semasa sidang berlangsung. Untuk mengelakkan pilihanraya yang dijadualkan semasa Perang Dunia II, pada tahun 1943 Hitler melanjutkan tempoh Reichstag (dipilih pada akhir tahun 1938 untuk penggal 1939-1943) untuk tempoh khas lapan tahun penggal yang berakhir pada 30 Januari 1947.
Remove ads
Lihat juga
![]() |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
![]() |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
![]() |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
- Reichstag (Republik Weimar)
Remove ads
Kesusasteraan
- Peter Hubert The Uniformed Reichstag. The history of the Pseudo-Parliament from 1933 to 1945. (Düsseldorf: Droste Verlag, 1992) ISBN 3-7700-5167-X
- Joachim Lilla: Extras in Uniform. Members of the Reichstag from 1933 to 1945. (Düsseldorf: Droste Verlag, 2004), ISBN 3-7700-5254-4
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads