Republik Sosialis Soviet Kazakh

From Wikipedia, the free encyclopedia

Republik Sosialis Soviet Kazakh
Remove ads

Republik Sosialis Soviet Kazakhstan (RSS Kazakhstan) (Kazakh: Қазақ Советтік Социалистік Республикасы, Qazaq Sovettik Socïalïstik Respwblïkası, Rusia: Казахская Советская Социалистическая Республика, Kazakhskaya Sovetskaya Sotsialisticheskaya Respublika) merupakan salah satu daripada republik yang membentuk Kesatuan Soviet.

Fakta Segera Казахская Советская Социалистическая РеспубликаҚазақ Советтік Социалистік Республикасы, Ibu negara ...
Remove ads

Sejarah

Republik yang ditubuhkan pada 26 Ogos 1920 ini pada asalnya dipanggil Republik Autonomi Sosialis Soviet Kyrgystan (RASS Kyrgystan). Pada Februari 1925, Wilayah Orenburg telah dipisahkan daripada republik tersebut dan ibu negara asalnya iaitu Kyzylorda telah dipindahkan ke Alma-Ata pada tahun 1927. Sebagai akibatnya, kesemua tanah orang Kazakh telah disatukan.

Kemudian pada 15-19 April 1925, republik tersebut dinamakan semula sebagai Republik Sosialis Soviet Kazakhstan (RSS Kazakhstan). Selepas beberapa tahun, kawasan Karakalpakistan pula diasingkan dan kemudiannya diperintah oleh Republik Sosialis Soviet Uzbekistan (RSS Uzbekistan).

Pada 10 Disember 1991, RSS Kazakhstan bertukar nama menjadi Republik Kazakhstan dan enam hari selepas itu, negara itu telah mendapat kemerdekaan setelah ryntuhnya empayar Kesatuan Soviet.

Remove ads

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads