Februari

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Februari ialah bulan kedua dalam sebuah tahun dalam takwim Gregorius. Ia merupakan bulan terpendek dengan cuma 28 hari (sehari ditambah berjumlah 29 jika tahun lompat).

01
02030405060708
09101112131415
16171819202122
232425262728
Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Februari bermula pada hari yang sama dengan bulan Mac dan November pada tahun biasa dan bulan Ogos pada tahun lompat. Ia bulan terakhir musim sejuk di Hemisfera Utara dan bulan terakhir musim panas di Hemisfera Selatan.

Remove ads

Peristilahan

Nama "Februari" menyerap dari Februarius terbitan perkataan februum "penyucian" merujuk kepada upacara Februa dilakukan dalam tempoh Lupercalia takwim Rom mahupun kepada dewi Februus;[1] ada yang menyatakan ia serapan istilah bahasa Etrusca bermaksud "membuang".[2]

Kawasan-kawasan dalam Selatan Thailand menggunakan nama "Kumpapan" (Jawi: كومڤاڤن, menyerap Bahasa Thai: กุมภาพันธ์ kumphaa-phan) dalam urusan persuratan rasmi kerajaan dalam negara tersebut selari dengan takwim rasmi digunakan; ia dinamakan sempena cerapan rasi Timba dilambangkan kumbha, sejenis kendi.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads