Roslan Shaharum

From Wikipedia, the free encyclopedia

Roslan Shaharum
Remove ads

Roslan Shaharum (1959 - 9 Februari 2009) merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Negeri Perak dari PAS.

Fakta Segera Yang Berhormat, Ahli Parlimen bagi P59 Bukit Gantang, Negeri Perak ...
Remove ads

Kelulusan

Kerjaya

Pilihan raya

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi dengan majoriti sebanyak 1,566 undi. Beliau memperolehi 20,015 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,449 undi dan M. Murganan (BEBAS) dengan hanya 872 undi.

Meninggal dunia

Pada 9 Februari 2009, Roslan Shaharum (50) meninggal dunia di Hospital Batu Gajah akibat serangan sakit jantung. Sebelum itu beliau berbasikal di sekeliling rumahnya di Changkat Larang,Batu Perak.Beliau baru pulang dari lawatan ke negara Taiwan. Semasa di Taiwan, beliau dimasukkan ke hospital Taiwan kerana masalah paras glukos (diabetes) yang tinggi. Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping. [1]

Antara tetamu yang hadir majlis pengkebumian ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, DS Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr. Hatta Ramli, Haji Mahfuz Omar dan Ustaz Ahmad Awang.Sembahyang jenazah turut diadakan di Masjid Jamek Changkat Larang dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Changkat Larang. Tahlil diketuai oleh Pengarah JAIPk, Dato' Sheikh Haji Mohamah Nor Mansor Al Hafiz.



SPR mengumumkan Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009 akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kematiannya.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads