Rosli Rahman Adam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Rosli Rahman Adam (lahir Rosli Abdul Rahman; 7 Disember 1960) merupakan seorang pelakon dan aktivis teater Malaysia.[1] Beliau juga pernah menduduki kerusi pengarah.[2][3] Mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak dari tahun 1985. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Pesta Seni Pentas Wilayah Persekutuan 1990 menerusi pementasan teater Konvensyen Gila arahan Nasir Ali.
Remove ads
Kerjaya
Rosli Rahman Adam menjejakkan kaki ke bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 80-an. Sebelum itu beliau juga terlibat aktif dalam pementasan teater di Melaka dan Johor. Pada peringkat awal, Rosli hanya terlibat sebagai individu belakang tabir, namun oleh kerana minatnya dia mula menunjukkan bakat lakonannya dalam dunia teater. Kini, Rosli masih berlakon dalam drama tempatan dan juga masih giat aktif dalam bidang teater. Dramatis Studio adalah produksi kecil milik Rosli dalam membangunkan bakat baru menerusi kelas lakonan bimbingannya.[4]
Pada Ogos 2024, Rosli menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi kategori Seni Teater melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [5]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Rosli dilahirkan di Parit Perawas, Sungai Rambai, Melaka. Beliau pernah menetap seketika di Singapura ketika kecilnya di Clementi, Singapura. Rosli juga pernah bersekolah di Jubilee Primary School, Singapura. Rosli merupakan anak sulung daripada lima orang beradik.
Filemografi
Filem
Drama dan telefilem
Teater
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads