Tam Mustafah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tam Mustafah
Remove ads

Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam Spider (lahir 14 September 1973) ialah seorang penyanyi, pemuzik, komposer dan penerbit rakaman lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris kumpulan Spider yang bernaung di bawah Luncai Emas milik M. Nasir. Selain itu, beliau juga menjadi pemain gitar untuk artis lain dan aktif mencipta lagu.[1][2]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Tam dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat di Kuala Sungai Baru, Melaka dan memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[3]

Spider

Tam mengasaskan bersama kumpulan Spider bersama Nafie (gitaris utama), Tony (pemain bes) dan Yem (dram, kemudian digantikan oleh Aie) semasa penubuhan kumpulan ini pada 1996. Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Luncai Emas milik M. Nasir, sejak itu Spider diambil sebagai kakitangan tetap Luncai Emas. Album pertama mereka Ngam Ho dikeluarkan pada 1999 dengan mempertaruhkan lagu "Mungkinkah Terjadi" sebagai single pertama. Sejak itu, Tam bersama kumpulan Spider menerbitkan lima lagi album yang kesemuanya meraih kejayaan komersial.[4]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Tam telah berkahwin sebanyak dua kali.[5] Beliau berkahwin dengan Aida Mustafa di Masjid Jamek Pekan Nanas, Pontian, Johor.[6] Beliau mempunyai seorang anak, Mohd Aliff hasil daripada perkahwinan pertama. Pasangan ini telah bertunang pada 15 Ogos 2009, selepas hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing dan berkahwin pada 8 November 2009. Majlis perkahwinannya telah diadakan di Dewan Komuniti, Pekan Nanas Pontian Johor dan dihadiri kira-kira lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M. Nasir.[7]

Diskografi

Single

  • "Sesat Dalam Gelita" (2006)

Lagu ciptaan

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads