S. Atan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan (1 Ogos 1949 – 16 November 2024) ialah seorang komposer muzik dari Singapura. Antara penyanyi terkenal yang pernah mengalunkan muziknya yang mencecah melebihi 1,000 karya lagu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri S. M. Salim, Datuk DJ Dave, Datuk Sharifah Aini, Datuk Dato' Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone, Dato' M. Nasir, Dato' Francissca Peter dan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.[1] Beliau juga merupakan abang kepada Belle Fatah yang turut bergiat aktif dalam industri muzik tanah air sebagai pemain keyboard.
Remove ads
Kerjaya
Sebelum beliau bekerja dengan syarikat rakaman EMI sebagai penerbit bermula pada tahun 1972, beliau ada bekerja dengan Majlis Bandaran Shah Alam. Selepas 13 tahun bekerja dengan EMI, beliau telah berpindah ke syarikat rakaman Irama Malaysia selama 2 tahun. Bagaimanapun, beliau akhirnya berhenti bekerja di Irama Malaysia untuk menjadi komposer dan penerbit album bebas. [2]
Anugerah dan pencalonan
Kehidupan peribadi
Hasil perkongsian hidup bersama Norizan Yeob, beliau dikurniakan enam orang anak iaitu Rozdi, Rozainie, Rozairie, Rozaimie, Norhafieza dan Norhanina. Beliau sekarang menetap di Kajang.[2]
Meninggal dunia
Datuk S. Atan meninggal dunia pada usia 75 tahun. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang, Sabtu akibat Sesak nafas.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads