SITI (siri TV)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

SITI (juga dikenali sebagai SITI: Hiburan dan Inspirasi) ialah sebuah rancangan televisyen bual bicara berkonsepkan hiburan dan santai dihoskan oleh penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza,[1] yang bersiaran pada 12 Februari 2011 di Astro Ria.[2][3]

Fakta Segera Genre, Format ...
Remove ads

Konsep

SITI ialah rancangan bual bicara pertama yang dihoskan oleh Datuk Siti Nurhaliza dengan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohamad Jiwa bertindak sebagai penerbit dan Zetty Adilla Ramly sebagai Penerbit Eksekutif.[3] Diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd., SITI disiarkan sebanyak 2 musim dan 52 episod.[3][4]

Rancangan yang bersiaran selama sejam ini terbahagi kepada lima segmen.[3] Setiap segmen ini berperanan menonjolkan karisma Siti Nurhaliza selaku seorang penghibur, penemuramah yang peka, individu yang sensitif, berjiwa khalayak dan seorang penggalak seni. Dalam program ini juga akan memaparkan kehidupan golongan yang kurang berkemampuan.[3]

Selain itu, beliau turut menampilkan tokoh masyarakat untuk berkongsi rahsia selain mengalunkan suara merdunya sama ada secara solo mahupun diiringi kumpulan muzik. Siti akan membawa beberapa tokoh terkenal tanah air untuk ditemubual. Pelbagai rasa dan rahsia akan dicungkil untuk dikongsi dengan para penonton.[3]

Segmen

  • VIP Siti Datuk Siti akan tampil pada setiap episod dengan pelbagai aksi menarik yang jarang-jarang kita lihat dilakukannya sebelum ini. Menjalani latihan ketenteraan, berlakon sketsa daripada babak filem P. Ramlee, melakukan aksi lucu dan aksi seni mempertahankan diri merupakan antara perkara yang akan ditonjolkan sebagai pembukaan rancangan yang bersiaran selama sejam ini.
  • Sentuhan Kasih Datuk Siti akan berkongsi rasa dengan kehidupan masyarakat yang hidup dengan penuh kekurangan sifat keprihatinan akan terserlah dalam diri beliau. Siti akan mendekati keluarga dari pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira bangsa dan keturunan. Ini amat bertetapan dengan konsep 1Malaysia.
  • Perspektif Siti Siti akan membawa beberapa tokoh terkenal tanahair untuk ditemubual di studio untuk segmen ketiga. Pelbagai rasa dan rahsia akan dicungkil untuk dikongsi dengan para penonton. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad membuat kemunculan istimewa pada episod pertama.[5]
  • Simfoni Siti Persembahan istimewa bakal mewarnai segmen keempat program bual bicara ini. Buat julung kalinya, Siti akan membuat persembahan diiringi pelbagai kumpulan muzik yang mempunyai kelainan berbeza yang jarang ditayangkan di televisyen. Ismail Gergaji yang mengalunkan gergaji menggantikan viola, Bahtiar Abdullah yang akan memainkan instrumen tradisional Pensol, Parijan pemain drum menggunakan satu tangan dan Sasimah Latif, pemuzik daripada masyarakat Orang Asli.
  • Pada segmen penutup, Siti akan berkongsi dengan penonton beberapa isu semasa yang hangat dibincangkan.
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads