Safwan Nazri
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Safwan bin Mohammad Nazri (lahir 9 November 1994) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas finalis Hero Remaja edisi 2017.[1] Beliau mula dikenali menerusi lakonannya dalam drama Kan Kukejar Cinta Kamu di Astro Ria dan drama Dua Takdir Cinta di Astro Prima.[2]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Safwan Nazri dilahirkan pada 9 November 1994 di Alor Setar, Kedah dan merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) di UiTM Kampus Arau, Perlis. Beliau juga mewujudkan akaun Instagram sejak tahun 2014, namun hanya mula aktif sejak Mac 2016 di mana semenjak itu beliau mula mendapat perhatian di kalangan para pengikut yang semakin bertambah dek kerana video lakonan bersama rakan sekelas yang dimuatnaik dan hobinya bermain sukan badminton dan futsal.
Remove ads
Kerjaya
Sewaktu masih menuntut di pusat pengajian tinggi, beliau turut mengambil tawaran kerja sebagai model sambilan. Matlamatnya ingin menyebarkan mesej serta positiviti melalui bidang lakonan yang diceburi. Beliau juga pernah menyertai pertandingan Pencarian Hero Remaja edisi 2017 dan beliau menyifatkan gelaran 'hero' mempunyai keperluan untuk menjadi individu yang menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Beliau turut mengagumi kekebalan pemenang Dewi Remaja 2010, Neelofa dalam menangani kritikan negatif seawal pembabitan beliau yang seterusnya membawa kepada kejayaan besar selebriti dan usahawan itu. Safwan yang ingin mengikut jejak langkahnya menyifatkan Neelofa sebagai contoh artis yang memiliki 'beauty with brain'. Wanita idamannya seorang yang berwajah jelita, mempunyai kelembutan serta tahu menghormati orang tua. Beliau pernah meluahkan rasa terkilan apabila rakan-rakan peserta Hero Remaja 2017 termasuk dirinya digelarkan 'geng kunyit' hanya kerana menangis sewaktu segmen penyingkiran.
Remove ads
Filemografi
Filem
Televisyen
Drama
Telefilem
Videografi
Video Klip
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads