Sakura Band

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sakura Band adalah sebuah kumpulan dari Malaysia yang mula ditubuhkan pada 1 Oktober 2012.[1] Kumpulan ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Kumpulan ini dikenali setelah single mereka, "Melepaskanmu" dijadikan lagu tema drama "Bidadari" di TV3.

Fakta Segera Asal, Genre ...


Sakura Band merupakan anak didik kumpulan 6ixth Sense dan menaung dibawah syarikat mereka iaitu 6ixth Sense Production.[1][2]

Remove ads

Kerjaya

2014: Single debut dan kejayaan awal

Sakura Band melancarkan single pertama mereka yang bertajuk, "Setelah Hujan" pada 2014.[1] Single "Setelah Hujan" telah dipilih untuk menjadi lagu tema drama "Diandra" di TV3.[3] Seterusnya pada tahun yang sama, single kedua mereka yang bertajuk, "Pelarian" (menampilkan Adi 6ixth Sense) dilancarkan dan berjaya dicalonkan di Carta Muzik Muzik 29.[4] Singe "Pelarian" pula dimuatkan sebagai lagu tema drama "Jiwa" di TV3.[3] Pemilihan kedua-dua single ini sebagai lagu tema drama TV memudahkan Sakura Band untuk membina tapak kukuh.[3] Kedua-dua single ini turut ditampilkan di dalam album kompilasi 6ixth Sense berjudul "Sense of Love".[3]

2015 - 2016: "Melepaskanmu" dan Separuh Akhir Muzik-Muzik 30, Single ke-empat

Single ketiga, "Melepaskanmu" mendapat sambutan umum dan dipilih untuk menjadi lagu tema drama "Bidadari" (TV3). Single tersebut turut berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 30, namun gagal untuk mara ke peringkat akhir.[5][6] Setakat Julai 2019, muzik video "Melepaskanmu" mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di YouTube. [7] Pada 2016, single ke-empat Sakura Band berjudul "Polaroid" dilancarkan. Single ciptaan sepenuhnya Sakura Band ini mengetengahkan konsep yang "catchy".[1]

2017-kini: Single kelima & single Monopoli

Sakura Band telah mengeluarkan single kelima bertajuk "Yakiniku" pada tahun 2017.[8] Muzik video "Yakiniku" dirakam sepenuhnya di Jepun.[1]Pada Ogos 2018, single ke-enam Sakura Band berjudul "Magik" yang menampilkan Sophia Liana, dari kumpulan De Fam, dilancarkan.[9]Pada 27 November 2020, Sakura Band telah mengeluarkan single terbaru mereka iaitu "Monopoli" di akaun YouTube Universal Studio Malaysia [10].

Remove ads

Anggota

  • Melley "Mell" Matius (Vokalis)
  • Ali Ezzati Musavi Abd Malek (Gitar Pertama)
  • Muhammad Haniff "Anip" Johari (Gitar Kedua)
  • Mohd Haikal "Akai" Mohd Zainin (Bass)

Mell berasal dari Sabah, Malaysia dan telah mendirikan rumah tangga dengan pemain dram kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan Hasnan (Wan) pada 24 November 2017.[11]

Diskografi

Album

Sebagai artis jemputan
  • Sense Of Love (2015)

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Videografi

Muzik video

Sebagai artis utama

Maklumat lanjut Tahun, Muzik video ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads