Samsara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Samsara (Sanskrit: संसार saṃsāra "mengembara",[1][2][3] "dunia", "penjelmaan; perputaran keberadaan mengelilingi dunia";[3] juga sengsara[3]) merupakan kefahaman dikongsi dalam agama-agama berasaskan dharma iaitu Hinduisme dan Buddhisme[4][5] menerangkan keberadaan kehidupan seseorang yang dikatakan dalam suatu kitaran kematian dan kelahiran semula.[1][6] yang berterusan dan dijangka sehingga mencapai pembebasan menemui hakikat tuhan sama ada melalui muksa,[7] nirwana, mukti atau kaivalya.[8][9]:36 Hal ini sangat terkait dengan teori karma agama Hindu, dan pembebasan dari Saṃsāra telah menjadi inti pencarian spiritual tradisi India, serta perselisihan dalaman mereka.[1][10]
Remove ads
Kefahaman
Dalam ajaran Hindu
Menurut agama Hindu, meskipun atman (jiwa atau diri Sebenar) bersifat sentiasa bebas (Nityamukta), entah bagaimana, ia telah tersangkut dalam kejahilan (avidya). Sangkutan ini, meskipun tidak ada permulaan, ia boleh diakhiri. Avidya menyebabkan atman melihat dunia ini sebagai perkara yang asing daripada dirinya; hal ini dianggap sebagai pengalaman "keduaan" (dvaita) dalam falsafah India). Avidya memberikan ilusi bahawa dunia dan benda-benda hidup adalah dibezakan daripada atman. Kejahilan ini seterusnya melahirkan kama atau keinginan dalam minda, maka, ia ingin mendapatkan apa yang disukai atau menjauhi sesuatu yang tidak dikehendaki. Bagi memenuhi kama yang tidak terhingga, jiwa terpaksa lahir semula. Proses kelahiran dan kematian yang berulang kali ini dikenali sebagai samsara.[11]
Dalam ajaran Buddha
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads