Sarang lebah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sarang lebah
Remove ads

Sarang lebah madu atau indung madu (honeycomb) terdiri daripada sel-sel lilin berbentuk prisma heksagonal yang dibina haiwan tersebut untuk merumahkan larva, madu dan debunga mereka.

Thumb
Deretan sarang berbentuk heksagon dalam sesebuah rumah lebah
Thumb
Sarang lebah dengan telur dan larva

Para penjaga lebah akan memotong sebahagian atau seluruh sarang untuk mendapatkan madu. Ia kadangkalanya dibuat diperah keluar madunya sehingga sarang kosong sahaja yang tinggal, namun ada juga sarang yang dikeratkan sekali bersama kandungan madunya untuk dijual bersama - lilin sarang boleh dimakan tanpa sebarang bahaya. roti daripada digunakan dalam masakan atau sebagai pemanis.

Remove ads

Pembinaan

Thumb
Gambaran pembinaan sarang lebah secara berperingkat. Sel-sel sarang yang siap dibina akan dipenuhi dengan madu sebelum ditutup dengan lilin.

Lebah yang hidup semulajadi sering berkerumun di rongga-rongga yang ada di persekitaran seperti gua, celah di bebatuan dan pohon sebagai tempat untuk membuat sarang. Beberapa membuat sarang yang cenderung terbuka dan lebih terpapar udara. Lebah umumnya membersihkan kulit kayu di sekitar pintu masuk sarang lebah dan melapisinya dengan bahan pelikat sama ada yang terkumpul daripada rembesan tumbuhan mahupun yang dihasilkan sendiri.[1]

Lebah menggunakan sesungut, mandibula dan kaki mereka untuk melenturkan lilin yang dipanaskan[2] menggunakan suhu badan lebah yang terkawal.[3] Suhu lilin diatur dalam julat sekitar 33.6 dan 37.6°C cukup-cukup di bawah takat leburnya iaitu 40°C.

Remove ads

Spesifikasi

Lokasi pembuatan sarang biasanya dilakukan pada ketinggian satu hingga lima meter dari permukaan tanah serta berkecenderungan menghadap khatulistiwa.[4] Isipadu ruang dari sarang lebah berada dalam rentang antara 10 hingga 100 liter, namun lazim biasanya sekitar 45 liter.[5]

Aspek geometri


Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads