Science
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Science ialah jurnal akademik keluaran Persatuan Pemajuan Sains Amerika Syarikat (dalam bahasa Inggeris: American Association for the Advancement of Science)[1][2] dan merupakan salah satu jurnal saintifik terkemuka di dunia.[3] Fokus utama jurnal ini ialah menerbitkan penyelidikan saintifik asli penting dan penilaian penyelidikan, namun Science juga menerbitkan berita berkaitan sains, pandangan terhadap dasar sains dan perkara lain yang menarik minat ahli sains dan mereka yang memberi perhatian kepada kesan meluas sains dan teknologi terhadap dunia. Science dan pesaingnya Nature meliputi semua jurusan sains berbanding dengan dengan kebanyakan jurnal saintifik yang menumpukan kepada satu bidang tertentu.
Jurnal dinilai sebaya ini mula diterbitkan pada 1880 oleh John Michels, seorang wartawan dari Bandar Raya New York, dengan sokongan kewangan daripada Thomas Edison dan Alexander Graham Bell.[4][5] Ia diedarkan setiap minggu dan memiliki pangkalan pelanggan bercetak sekitar 130,000. Dengan mengambil kira langganan institusi dan capaian dalam talian yang dapat mencapai khalayak lebih ramai, jumlah pembacanya dianggarkan seramai satu juta orang.[6] Faktor kesan Science pada 2014 ialah 33.611 (seperti diukur Institute for Scientific Information).[perlu rujukan]
Walaupun ia merupakan jurnal American Association for the Advancement of Science, keanggotaan AAAS tidak diperlukan untuk menerbit dalam Science. Kertas kerja diterima daripada penulis di seluruh dunia. Persaingan untuk menerbit dalam Science sangat hebat, kerana rencana yang diterbitkan dalam jurnal yang sebutannya tinggi ini boleh membawa kepada perhatian umum dan kemajuan kerjaya para penulis. Kurang daripada 10% rencana yang dihantar kepada penyumting diterima untuk penerbitan dan semua rencana penyelidikan akan dinilai sebaya sebelum muncul dalam jurnal.
Science berpangkalan di Washington, D.C., Amerika Syarikat, dengan pejabat kedua di Cambridge, England.
Remove ads
Jurnal keluarga
Jurnal-jurnal lain yang diterbitkan Persatuan Pemajuan Sains Amerika Syarikat termasuk Science Signaling, Science Translational Medicine dan Science Advances. Pada tahun 2015, Holt mengumumkan pengembangan lain: Science Robotics dan Science Immunology akan mula diterbitkan pada pertengahan tahun 2016.[7]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads