Scomberomorini

suku ikan From Wikipedia, the free encyclopedia

Scomberomorini
Remove ads

Scomberomorini ialah suku ikan bertulang bersirip ruji air masin yang sering dikenali sebagai tenggiri, luding atau tandau. Suku ini adalah subset keluarga kembung (Scombridae), yang dikongsikan dengan empat suku terdekat, iaitu aya, kembung, bonito dan setan jangki. Scomberomorini terdiri daripada 21 spesies dan tiga genus.[1] Ia ikan pelagik, perenang tangkas dan pemangsa semula jadi yang kuat melawan ketika ditangkap. Tenggiri banyak ditangkap secara kail-mengail.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Genus ...
Remove ads

Taksonomi

Kladogram berikut menunjukkan hubungan evolusi yang paling mungkin antara tenggiri, aya, kembung, bonito dan setan jangki.

Tenggiri, dalam keluarga Scombridae
keluarga Scombridae 
 subkeluarga
Gasterochismatinae 
genus Gasterochisma

 setan jangki 

 subkeluarga
Scombrinae 
suku Scombrini 

 kembung (dua genus)

suku Scomberomorini 

 tenggiri (tiga genus)

suku Sardini 

 bonito (empat genus)

suku Thunnini

 aya  (lima genus)

Kladogram menunjukkan hubungan suku Scomberomorini dengan keluarga Scombridae yang lain.[2][3]

Suku ini membentuk 21 spesies dalam tiga genus:

  • Acanthocybium (Gill, 1862)
    • A. solandri (Cuvier, 1832), tenggiri wahu
  • Grammatorcynus (Gill, 1862)
    • G. bicarinatus (Quoy & Gaimard, 1825)
    • G. bilineatus (Rüppell, 1836)
  • Scomberomorus (Lacepède, 1801)
    • S. brasiliensis Collette, Russo & Zavala-Camin, 1978
    • S. cavalla (Cuvier, 1829)
    • S. commerson (Lacépède, 1800), tenggiri batang
    • S. concolor (Lockington, 1879)
    • S. guttatus (Bloch & Schneider, 1801), tenggiri papan
    • S. koreanus (Kishinouye, 1915), tenggiri korea
    • S. lineolatus (Cuvier, 1829), tenggiri musang
    • S. maculatus (Mitchill, 1815)
    • S. multiradiatus Munro, 1964
    • S. munroi Collette & Russo, 1980
    • S. niphonius (Cuvier, 1832)
    • S. plurilineatus Fourmanoir, 1966
    • S. queenslandicus Munro, 1943
    • S. regalis (Bloch, 1793)
    • S. semifasciatus (Macleay, 1883), tenggiri papan kuning
    • S. sierra Jordan & Starks, 1895
    • S. sinensis (Lacépède, 1800)
    • S. tritor (Cuvier, 1832)
Remove ads

Rujukan

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads