Segenap Takdir

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Segenap Takdir ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Eoon Shuhaini terbitan A-Ten Alliance (M) Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, dan Zara Zya. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Sakura, TV3 pada 24 April hingga 17 Mei 2023 menggantikan Sekali Aku Bahagia.[1]

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...
Remove ads
Remove ads

Sinopsis

Selepas bapa Haryani berkahwin dengan wanita lain, Haryani sering memberontak dengan menyalahkan emaknya, Maimun kerana membenarkan perkara itu berlaku sehingga bapanya tinggalkan mereka. Haryani tidak sedar bahawa dia telah termakan kata-kata neneknya, Nek Yah yang masih berdendam dan menganggap keputusan Maimun berkahwin dengan Hazwan itu merupakan satu kesilapan.

Sikap Haryani yang sering menyusahkan dan melampau membuatkan Maimun mahu menghantar anaknya sambung belajar di satu kolej Islam di Kuala Lumpur dengan niat untuk membentuk Haryani ke arah yang lebih baik. Haryani mengamuk apabila dia menganggap keputusan emaknya itu sebagai langkah untuk mengusirnya keluar dari rumah. Namun, Nek Yah telah mengubah keputusan Haryani apabila dia telah diberitahu tentang keberadaan seorang lelaki kaya yang bernama Azlan yang juga tinggal di Kuala Lumpur.

Azlan dan Nadira telah bertunang dan hanya menunggu detik untuk diijabkabulkan. Namun, kemunculan Haryani dalam hidup mereka membuatkan hubungan mereka berdua porak-peranda. Haryani yang menggilai Azlan berusaha menggoda dan merampas Azlan sehinggakan Azlan menggelar Haryani sebagai perempuan murahan. Hal ini turut membuatkan Nadira mula tercabar dengan kebiadaban Haryani. Dapatkah Azlan dan Nadira menepis segala dugaan yang mendatang disebabkan Haryani? Apakah takdir yang telah ditetapkan untuk Haryani?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Remove ads

Runut bunyi

  • "Gelora" - Hariz Fayahet
  • "Takdir" - Aliff Iskandar
  • "Nekad" - Anna Hanifa
  • "Perit" - Aliff Iskandar

Pautan luar

Maklumat lanjut TV3: Slot Sakura, Isnin-Khamis, 6:00 petang, Sebelumnya ...

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads