Sekolah Kebangsaan Seremban 2B
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sekolah Kebangsaan Seremban 2B (Singkatan: SK Seremban 2B; SKS2B) merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terletak di Persiaran S2/A4, Seremban 2. Sekolah ini berfungsi sebagai institusi pendidikan bagi kanak-kanak di kawasan sekitar, menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum kebangsaan Malaysia.
Remove ads
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Seremban 2B mula dibina pada 18 Oktober 2001 dan disiapkan sepenuhnya pada 17 Januari 2003 . Bangunan sekolah ini dibina oleh pihak pemaju berdasarkan konsep design and build. Serahan rasmi bangunan sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah dilakukan pada 9 Januari 2003.
Penubuhan sekolah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memenuhi keperluan pendidikan komuniti di kawasan Seremban 2, yang berkembang pesat sebagai kawasan pembangunan bandar terancang.
Remove ads
Kebitaraan
- Bahasa Melayu
- Squasy
Korporat
SKS2B memastikan pendidikan berkualiti dalam membangun potensi pelajar dengan menyokong visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)[1] berikut:
Misi
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
Visi
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangun Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Lagu Sekolah[2]
Sekolah Kebangsaan Seremban 2B
Tempat kami menuntut ilmu
Dengan sejuta harapan
Untuk menggapai impian
Wahai guru ku, keluarga tercinta
Disini bermula perjuangan
Berani menyahut cabaran mendatang
Menjunjung prestasi sekolah terbilang
Sekolah Kebangsaan Seremban 2B
Amalan disiplin budaya kami
Murid cemerlang, Guru Gemilang
Megah berdiri di persada jaya
Kepada guru yang kami hormati
Jasamu dikenang, Budimu disanjung
2B berusaha, 2B Berjaya
Berusaha menuju kecemerlangan
Berusaha menuju kecemerlangan
Kemudahan
Bilik Darjah | Pentadbiran | Pejabat | Bilik Guru | Bilik Khas |
Bengkel RBT | Bilik Jawi | Bilik Seni | Bilik Muzik | Bilik BBM |
Bilik BOSS | Bilik Kesihatan | Bilik Kaunseling | Bilik Mesyuarat | Bilik Setiausaha Peperiksaan |
Bilik Pemulihan Khas | Sukan | Stor Sukan | Kemudahan Sukan | Pra-Sekolah |
Dataran | Dewan Tertutup | Surau | Pusat Sumber Sekolah | Pusat Akses |
Makmal Komputer | Kantin |
Remove ads
Alamat Sekolah
- Sekolah Kebangsaan Seremban 2B
- Persiaran S2/A4, Jalan Seremban 2
- 70300, Seremban
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon: 06-6012294
- Fax: 06-6012290
- Emel: NBA4047@moe.edu.my / sksduabest@yahoo.com.my
Media Sosial
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads