Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam
rangkaian sekolah menengah di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI merupakan pusat pendidikan peringkat menengah milik Parti Islam Se-Malaysia. Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Menengah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM). SMITI merupakan usaha kesinambungan kepada Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) yang menawarkan pendidikan bersepadu peringkat rendah yang berasaskan kurikulum integrasi tahfiz, fardu ain dan fardu kifayah.
Remove ads
Sejarah penubuhan
SMITI ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2019 dalam Muktamar (Mesyuarat Agung) Tahunan DPPM Kali Ke-60 2019[1] bertempat di Bukit Gambang, Pahang. Jabatan Pembangunan SMITI telah memulakan gerak kerja sejak tahun 2018 bagi meneruskan kesinambungan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam SRITI. Untuk tahun pertama 2020, sebanyak 6 buah SMITI perintis telah dibuka dan mula beroperasi, iaitu SMITI Al-Hafidz, Kota Kinabalu, Sabah; SMITI Darul Izzah, Kampung Perupok, Yan, Kedah; SMITI At-Taqwa, Sungai Bongkok, Gurun, Kedah; SMITI At-Taalim, Seri Iskandar, Perak; SMITI Al-Muallim, Tanjung Malim, Perak; dan SMITI An-Nawawi, Kampar, Perak.
Remove ads
Senarai sekolah
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads