Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Lumpur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (SMKSA) atau SMK Seri Ampang ialah sebuah sekolah lelaki yang terletak di Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang memiliki 528 pelajar lelaki dan mempunyai seramai 56 orang guru.2018
Remove ads
Sejarah
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963. Sekolah ini dikenali sebagai Shaw Road Afternoon Secondary School. Pada awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Lelaki Jalan Shaw dengan satu sesi sahaja iaitu sesi petang. Setahun kemudian, sekolah ini berpindah ke Batu 3, Jalan Ampang. Setelah berpindah, sekolah ini diberi nama Ampang Road Boys School. Nama sekolah ini kemudian ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang dan kekal sehingga kini. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan utama iaitu Atma, Budiman, Cahaya dan Dasila. Pejabat pentadbiran sekolah terletak di blok Atma. Sekolah ini mempunyai sebuah dewan tertutup yang dikenali sebagai Dewan Seri Atma berhampiran blok Atma dan dewan terbuka di blok Dasila. Sekolah ini dulunya merupakan sekolah kategori Bandar Gred A yang mempunyai 3 aliran iaitu Perdana (Tingkatan Peralihan – Tingkatan 5), Program Pendidikan Khas Integrasi dan Pra Universiti Tingkatan 6. Namun mulai 2017, hanya 2 aliran wujud kerana semua guru Pra Universiti Tingkatan 6 dipindahkan ke Victoria Institution dan murid-muridnya pula ke SMK Tinggi Setapak.
Remove ads
Senarai Pengetua

Remove ads
Sukan dan Unit Beruniform
Rumah Sukan
- Bendahara - Merah
- Laksamana - Biru
- Syahbandar - Kuning
- Temenggung - Hijau
Unit Beruniform
- Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
- Kadet Polis
- Kadet Remaja Sekolah
- Pengakap
- Silat Gayung Fatani
- Taekwando
- Wusyu
- Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA)
Sukan
- Bola Sepak
- Bola Keranjang
- Bola Tampar
- Sepak Takraw
- Futsal
- Badminton
- Ping Pong
- Olahraga
- Catur
Pencapaian
Pasukan nasyid SMK Seri Amapng mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nasyid PPDA peringkat negeri wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2011.Pasukan SMK Seri Ampang juga muncul "Naib Juara" Bawah Kejohanan MSSWP Peringkat Zon Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 2012.
Selain itu, Pasukan Dikir Barat yang lebih dikenali dengan nama Pewaris Seni pernah muncul juara di peringkat zon keramat selama 7 tahun berturut-turut. Tukang Karut Dikir Barat Pewaris Seni iaitu Mohd Syazwan Suhaimi yang juga pelajar di Seri Ampang juga pernah mendapat Anugerah Tukang Karut Terbaik.
Remove ads
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang
- Jalan Damai Off, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
- Telefon = 03-21487065
- Faks = 03-21432239
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads