Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar atau nama ringkasnya SRAB Muar, merupakan sebuah Sekolah agama bantuan Kerajaan Negeri Johor yang terletak di Jalan Indah 11 ,Taman Pertama Indah, Sungai Abong Muar. Ia merupakan salah satu dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu milik kerajaan Johor. Sekolah ini mempunyai 12 buah kelas. [1]
Setakat 2025, sekolah ini mempunyai jumlah 35 orang guru dan 422 orang murid. [2]
Remove ads
Sejarah
Sejarah Penubuhan
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Muar (SRAB Muar) terletak di Sungai Abong, lebih kurang 6km dari Bandar Muar. Bangunannya terletak bersebelahan Sekolah Agama Sungai Abong, Kolej Vokasional Muar dan Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Muar.
Pendidikan di SRAB Muar adalah berbeza berbanding sekolah-sekolah rendah yang lain kerana SRAB Muar melibatkan dua sistem pendidikan iaitu akademik dan juga agama. Pentadbiran SRAB Muar juga mempunyai perbezaan kerana ia melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Jabatan Agama Islam Johor. Oleh sebab itu pentadbiran dan pengurusan di sekolah SRAB Muar ini melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah Muar dan Pejabat Pendidikan Islam Daerah Muar.
Pada awal penubuhannya, pada tahun 1999, SRAB Muar mempunyai 80 orang murid Tahun Satu yang melibatkan dua buah kelas, 6 orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar dan seorang Pembantu Tadbir. Setiap tahun berlakunya penambahan kuota kemasukkan murid sebanya 80 orang bagi dua kelas dan 5 orang tenaga pengajar. Sehingga tahun 2006, menjadikan jumlah pelajar sebanyak 451 orang yang melibatkan 12 kelas bagi Tahun Satu hingga Enam dan 30 orang tenaga pengajar. Selama tiga tahun bermula tahun 1999 hingga 2001, pentadbiran dan persekolahan, SRAB Muar telah menumpang di bangunan Sekolah Agama Sungai Abong.
Pada peringkat awal, pembinaan bangunan SRAB Muar dicadangkan dibina di Parit Keroma, Muar. Walaubagaimanapun, implikasi dan komitmen serta keprihatinan semua pihak, khususnya Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor, kini SRAB Muar telah berpindah ke bangunan baharu. Bermula tahun 2001 SRAB Muar meneruskan langkah kehadapan apabila melaksanakan segala urusan pentadbiran, sesi pengajaran dan pembelajaran di bangunan baharu.
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar adalah sebuah sekolah gred B daerah Muar. Sekolah ini ditadbir oleh Ustaz Mohd Sanusi Bin Hj Rahiman selaku Guru Besar. Sekolah ini beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 4:30 petang. Pada tahun 2023, tenaga pengajar di sekolah ini seramai 35 orang terdiri daripada 9 orang guru lelaki dan 26 orang guru perempuan . Setakat ini jumlah murid seramai 422 orang murid melibatkan 12 kelas. Sekolah ini juga telah menerima seramai 72 orang murid Darjah 1 yang terdiri daripada 34 orang murid lelaki manakala 39 orang murid perempuan.[2]
Sejarah Pentadbiran
Senarai Guru Besar
Senarai Yang Di-Pertua PIBG
Remove ads
Pencapaian
Pencapaian peringkat antarabangsa
- Johan Tilawah dan Taranum Al Quran 2022
Pencapaian peringkat kebangsaan
- Johan Tilawah dan Taranum 2021
- Johan Tilawah dan Taranum 2022
- Gangsa Tilawah dan Taranum 2022
- Johan Pertandingan Bahasa Arab 2022
- Naib Johan Pertandingan Bahasa Arab 2022
Pencapaian peringkat negeri
- Tempat ketiga Syarahan TKRS 2020
- Naib Johan Bantu Mula TKRS 2018
- Wakil Daerah Memanah 2018
- Wakil Daerah Bola Boling 2018
- Wakil Daerah Stesen Keusahawanan TKRS 2018
- Saguhati Hafazan 2018
- Saguhati Nyanyian Nayid Peringkat Negeri Johor 2018
- Saguhati Bercerita Kisah Al Quran 2018
- Naib Johan Nasyid Perempuan 2018
- Penyertaan Bola Sepak Peringkat Negeri 2018[4][5]
Remove ads
Pautan luar dan Sumber
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads