Selangor FM
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Selangor FM (Jabatan Penyiaran Selangor) ialah merupakan stesen radio Bahasa Melayu yang beroperasi di bawah Radio Televisyen Malaysia. Siaran adalah setiap hari dari 06:00 - 00:00 yang menampilkan berita tempatan serta muzik Melayu dan antarabangsa. Ia dipancarakan pada FM 100.9 MHz dari tapak pemancar Gunung Ulu Kali dan boleh didengari di Lembah Klang, bahagian daerah Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Jelebu, Negeri Sembilan, bahagian daerah Muallim, Hillir Perak, Perak dan bahagian daerah Bentong, Raub, Temerloh, Bera, Pahang. Ia juga boleh didengari menggunakan aplikasi RTMklik dalam telefon bimbit.
Pejabat Selangor FM utamanya ialah di Jabatan Penyiaran Selangor, Bangunan IPPTAR, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Remove ads
Selangor FM disambung siar dari Nasional FM
Selangor FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi setiap hari.
Sejarah
Stesen ini dahulunya dikenali sebagai Radio Malaysia Selangor (RMS) dan sebelum itu sebagai Radio Malaysia Kawasan Tengah dan Radio 3 Shah Alam.
Carta Organisasi
Tahun 2024
Jadual siaran berita
Berita Selangor FM disiarkan pada jam 7:30 pagi, 12:00 tengah hari, 4:30 petang dan 10:00 malam dalam masa 5 minit.
Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM
Berita Utama disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 12:30 tengah hari (Jumaat), 1:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 5:00 petang, 7:00 malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum), 9:00 malam dan 11:00 malam dalam masa 10 minit disambung siar di stesen Nasional FM.
Remove ads
Senarai Segmen
Frekuensi
Kontroversi
Terpaksa berpindah dari lokasi
Pada 12 April 2008, Menteri Besar Selangor yang baharu, Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi amaran kepada stesen radio itu supaya menyediakan slot seminggu selama satu jam untuk menyampaikan maklumat mengenai program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri, atau berpindah daripada Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah yang turut menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri. Stesen radio itu diberi tempoh seminggu untuk melaksanakan permintaan Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, stesen radio itu enggan memperuntukkan slot satu jam mingguan seperti yang diminta. Stesen radio berkenaan diberi masa seminggu untuk memenuhi tuntutan kerajaan negeri tersebut. Akibatnya, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Chik menyuruh Selangor FM berpindah keluar daripada bangunan tersebut dan sebaliknya beroperasi di Wisma Radio Angkasapuri, dengan kenyataan bahawa RTM tidak gentar akan amaran seperti itu.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads