KL FM
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
KL FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaysia Ibu Kota, Radio 3 Ibu Kota, Radio 3 Kuala Lumpur, Radio Kuala Lumpur dan Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur)) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Radio Malaysia Ibu Kota) ialah sebuah stesen radio bandaraya Bahasa Melayu tertua, nombor satu, dan terbesar di Kuala Lumpur (bersama Hot FM) untuk masyarakat Kuala Lumpur (bersama Hot FM) dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Lumpur. Ini juga merupakan radio bandaraya pertama Bahasa Melayu di Kuala Lumpur. Moto utamanya ialah Rentak Interaktif Kota boleh didengari melalui frekuensi menerusi 97.2 FM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur).
KL FM utamanya ialah di Tingkat 1, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.
Liputan KL FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Indonesia di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.
Remove ads
Sejarah
Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur telah diberi status bandar dan Tan Sri Dato' Lokman Yusof menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur pertama. Pada 5 November 1973 jam 6:30 pagi, KL FM bermula sebagai Radio Malaysia Ibu Kota majlis pelancaran secara rasmi memulakan penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur, bandar raya terbesar dan ibu kota negara di Malaysia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke-3, Yaakob Latiff memulakan siaran rasmi dengan melancarkan rancangan pertama bertajuk Hiburan Pagi. Ia adalah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta corak kehidupan dan pekerjaan. Radio Malaysia Ibu Kota beroperasi setiap hari mulanya menerusi gelombang sederhana 800 KHz dalam dua sesi iaitu jam 6:30 pagi sehingga 9:00 pagi dan 4:00 petang sehingga 7:00 malam. Waktu siaran ketika itu seolah-olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 pagi dan 1:00 tengah hari sehingga 7:00 malam dan siaran dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Radio Malaysia Ibu Kota mula ke udara sehingga penyiaran berkedudukan dan berpusat di Kuala Lumpur dan siaran dari Kuala Lumpur. Kawasan penyiaran ini hanya terhad kepada Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sahaja dan bersiaran di Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan yang dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebelum ini ia merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.
Pada 6 September 1989, Radio Malaysia Ibu Kota yang dikenali sebagai Radio 3 Ibu Kota.[1]
Pada 1 September 1993, Radio 3 Ibu Kota yang dikenali sebagai Radio 3 Kuala Lumpur yang dipancarkan menerusi 97.2 FM.
Pada 15 Mac 1996, Radio 3 Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Radio Kuala Lumpur.
Pada 1 September 1998, Radio Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur).
Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur) yang dikenali sebagai KL FM telah menambahkan siaran daripada 18 jam kepada 24 jam sehari.
Pada 5 November 2023, KL FM meraikan ulang tahun ke-50.
KL FM kini bersiaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) pada frekuensi 97.2 MHz. Bersiaran menerusi penstriman RTMKlik juga untuk pendengar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) pada frekuensi 97.2 MHz.
Remove ads
Sejarah nama KL FM
- Radio Malaysia Ibu Kota (5 November 1973-5 September 1989) (rasmi tanda panggil)
- Radio 3 Ibu Kota (6 September 1989-31 Ogos 1993)
- Radio 3 Kuala Lumpur (1 September 1993-14 Mac 1996)
- Radio Kuala Lumpur (15 Mac 1996-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Kuala Lumpur (Radio Kuala Lumpur) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- KL FM (1 April 2005-kini)
Sejarah siaran berita radio KL FM
- Berita Malaysia Ibu Kota (5 November 1973-5 September 1989) (rasmi tanda panggil)
- Berita Radio 3 Ibu Kota (6 September 1989-31 Ogos 1993)
- Berita Radio 3 Kuala Lumpur (1 September 1993-14 Mac 1996)
- Berita Radio Kuala Lumpur (15 Mac 1996-31 Ogos 1998)
- Berita Radio Malaysia Kuala Lumpur (Berita Radio Kuala Lumpur) (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Berita Radio KL FM (1 April 2005-kini)
Penyampai
Penyampai KL Harian
- Mimie
- Ashila Ashura
- Epy Shafik
- AnneDyana
- Zima
- E.J
- Ridz
- Paparay
- ND
- Zullastree
- Putera Azwan
- ZZ
Bekas Penyampai
- Aiman (Berpindah ke Best FM)
Rancangan-utama
Kuala Lumpur Harian
Kuala Lumpur Hujung Minggu
Remove ads
Frekuensi
KL FM adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.
Lagu Rasmi Kuala Lumpur
Pada pukul 12:00 tengah malam (selepas lagu kebangsaan) dan 6:00 pagi setiap hari lagu rasmi Kuala Lumpur dimainkan sebagai pembukaan.
Lagu kebangsaan
Pada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Perkhidmatan Islam
Stesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.
Pengaturcaraan siaran Azan
Untuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC+8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC+7:30). Semua semenanjung radio RTM memutarkan Azan Subuh, Azan Zuhur, Azan Asar, Azan Maghrib dan Azan Isyak azan semua waktu solat.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads