TraXX FM

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

TraXX FM (radio ini dikenali sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya), Perkhidmatan Bahasa Inggeris (Bahasa Inggeris: English Service), Radio Malaysia, Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris: Blue Network atau The Blue Network), Radio 4 dan Radio Malaysia Saluran 4 (Radio 4)) (secara rasmi ditanda panggil sebagai Perkhidmatan Bahasa Inggeris (Bahasa Inggeris: English Service) dan Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris: Blue Network atau The Blue Network)) ialah stesen radio nasional Bahasa Inggeris tertua di Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Inggeris di Malaysia. Moto utamanya ialah Experience the Excitement.

Fakta Segera Bandar, Kawasan penyiaran ...

TraXX FM utamanya ialah di Tingkat 2 Utara, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

Liputan Radio Klasik, Nasional FM dan TraXX FM meliputi hampir keseluruhan ASEAN, sempadan Malaysia–Brunei, Malaysia–Indonesia, Malaysia–Singapura, Malaysia–Filipina dan Malaysia–Thailand di darat dan laut sehingga juga boleh diterima di seluruh Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand Selatan melalui parabola Telkom-4.

Remove ads

Sejarah

Pada 1 April 1946, Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya). Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris).

Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur mula bersiaran daripada tempat baru pada 1 Januari 1959.

Pada 16hb September 1963, Radio Malaya yang dikenali sebagai Radio Malaysia dengan penghantaran bermula dengan perkataan tanda dagangannya Inilah Radio Malaysia pada hari Malaysia hari ini, sebuah persekutuan yang terdiri dari Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (sehingga 1965) telah dilahirkan. Pada hari yang sama, Radio Sabah, Radio Sarawak dan Radio Singapura menjadi sebahagian daripada rangkaian Radio Malaysia sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Sabah, Sarawak dan Singapura mula diungkapkan oleh juruhebah serentak dengan pembentukan Malaysia pada masa yang sama.

Remove ads

Pada 19hb Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:

  1. Rangkaian Nasional (Bahasa Melayu, sekarang Radio Klasik dan Nasional FM).
  2. Rangkaian Biru (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
  3. Rangkaian Hijau (Bahasa Mandarin, sekarang Ai FM).
  4. Rangkaian Merah (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

Pada 6 September 1989, Rangkaian Biru yang dikenali sebagai Radio 4.[1]

Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1 Januari) 1995, Radio 4 memulakan siaran 24 jam sehari. Stesen ini beroperasi selama 24 jam sehari dan telah menambahkan siaran kepada 24 jam sehari.

Pada 1 September 1998, Radio 4 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 4 (Radio 4).

Pada 1 April 2005, Radio Malaysia Saluran 4 yang dikenali sebagai TraXX FM.

Remove ads

Pada 1 April 2026, RTM, Radio Klasik, Nasional FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM meraikan ulangtahunnya yang ke-80 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-65.

Sejarah siaran berita radio TraXX FM

  • Berita Radio Malaya Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (RMSFOM atau Radio Malaya) (April 1 1946-15 September 1963) (rasmi tanda panggil)
  • Berita Radio Perkhidmatan Bahasa Inggeris (1 April 1946-18 Januari 1971) (rasmi tanda panggil)
  • Berita Radio Rangkaian Biru (1 April 1946-5 September 1989) (rasmi tanda panggil)
  • Berita Radio Malaysia (16 September 1963-10 Oktober 1963) (rasmi tanda panggil)
  • Berita Radio 4 (6 September 1989-31 Ogos 1998)
  • Berita Radio Malaysia Saluran 4 (Radio 4) (1 September 1998-31 Mac 2005)
  • Berita Radio TraXX FM (1 April 2005-kini)
Remove ads

Sejarah nama TraXX FM

Jadual siaran berita dari Wisma Berita RTM

Maklumat lanjut Segmen, Masa Siaran ...

Updates disiarkan pada jam 8:00 pagi, 12:00 tengah hari, 2:00 petang dan 3:00 petang dalam masa 3 minit.

Prime disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 1:00 tengah hari, 5:00 petang, 7:00 malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum), 9:00 malam dan 11:00 malam dalam masa 10 minit.

World disiarkan pada jam 10:00 pagi dalam masa 5 minit.

Summary News disiarkan pada jam 11:00 pagi, 4:00 petang, 6:00 petang, 8:00 malam dan 10:00 malam setiap hari dalam masa 1 minit.

Business News disiarkan pada jam 7:00 malam (Isnin hingga Jumaat) dalam masa 10 minit.

Penyampai

Penyampai Nasional Harian

  • Greenman
  • Lady Kay
  • Cruzer
  • Jezza
  • Mag
  • Double D
  • Navsta
  • Patrick
  • Maya
  • Roundhead
  • Sleebo
  • Edmeister
  • TheShaz
  • Chunky
  • DJ Constant
  • Jeremy
  • Mary
  • Najee
  • Alwani

Bekas penyampai

  • Terrence Joseph Dass
  • Sofea Nursolehha Tun Idris, kini bertukar ke TV3 dan terkenal menerusi program 999 dan Malaysia Hari Ini
  • Stephen Chang, kini bertukar ke RTM Sabah

Rancangan-utama

Isnin

Maklumat lanjut Segmen, Masa Siaran ...

Selasa

Maklumat lanjut Segmen, Masa Siaran ...

Rabu

Maklumat lanjut Segmen, Masa Siaran ...

Khamis

Maklumat lanjut Segmen, Masa Siaran ...

Jumaat

Maklumat lanjut Segmen, Masa Siaran ...

Sabtu

Maklumat lanjut Segmen, Masa Siaran ...

Ahad

Maklumat lanjut Segmen, Masa Siaran ...
Remove ads

Lagu kebangsaan

Pada pukul 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Frekuensi

Radio

Maklumat lanjut Frekuensi, Kawasan ...

Televisyen

Maklumat lanjut Platform TV, Saluran ...
Remove ads

Laman web

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads