Senarai lagu yang dirakamkan oleh Sharifah Aini

From Wikipedia, the free encyclopedia

Senarai lagu yang dirakamkan oleh Sharifah Aini
Remove ads

Sepanjang 40 tahun kerjayanya dalam bidang muzik, penyanyi wanita Malaysia, Sharifah Aini (1953–2014) telah merakamkan sebanyak lebih 900 lagu untuk 140 album dan menulis kebanyakan daripadanya.[1] Album piring hitam pertamanya, Seri Dewi Malam dikeluarkan pada tahun 1970 oleh EMI Music Malaysia selepas menjuarai Pertandingan Adubakat Radio Televisyen Singapura (RTS) pada tahun 1968. Bermula dari album piring hitam keduanya, Kekasih Pujaan, juga dikeluarkan pada 1970, Sharifah Aini menulis lirik pertamanya bagi lagu "Kenangan", ciptaan Ismail Md. Taib. Menerusi album piring hitam ketujuhnya, yang mengambil namanya sebagai judul album, beliau menulis lirik untuk dua lagu, iaitu "Inikah Manusia" dan "Dalam Keluhan Dara", manakala untuk album Dia Terlupa, beliau menulis lirik untuk tiga lagu, "Dia Terlupa", "Pengajian di Seberang Lautan" dan "Dekatlah Padaku".

Thumb
Sharifah Aini pada 2011.

Beliau seterusnya merakamkan beberapa lagi album piring hitam, seperti Kau Telah Di Sampingku (1974), Jangan Putarkan Lagumu (1974), Manis-Manis (1975) dan Irama Cintaku (1975) yang mana beliau turut menulis lirik bagi kebanyakan lagu. Sharifah Aini turut merakamkan dua album duet bersama M. Sani. Pada tahun 1975, beliau menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem Permintaan Terakhir yang mana beliau menulis lirik untuk empat lagu nyanyiannya yang dicipta oleh Ahmad Nawab. Sharifah Aini kemudian muncul dengan album runut bunyi filem Hapuslah Air Matamu (1976) bersama penyanyi veteran Indonesia, Broery Marantika. Lagu "Seiring dan Sejalan" dikeluarkan sebagai single utamanya sekaligus melonjakkan nama Sharifah dan Broery.[2]

Kebanyakan lagu nyanyian beliau ialah lagu asal manakala selebihnya ialah lagu saduran dan rakaman semula yang diberikan gubahan baharu dengan tajuk asal bahasa ibundanya termasuk bahasa Inggeris ditukar ke tajuk bahasa Melayu dan komposer asalnya dikreditkan. Pada tahun 1977, Sharifah Aini muncul dengan album trilogi Inilah Laguku. Lagu "Bunga Tanjung" nyanyian asal Rubiah, kemudian dinyanyikan semula oleh Saloma menjadi popular dan menguasai carta lagu Singapura, Penyanyi Pujaan Minggu Ini. Album bahasa Inggeris pertamanya, Forever and Ever menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 25,000 unit sekaligus mengatasi jualan album Inggeris penyanyi-penyanyi tempatan lain.[3] Bagi membalas jasanya kepada Ahmad Nawab yang telah banyak membantunya memgembangkan bakatnya dalam bidang muzik, beliau melancarkan sebuah lagu bertajuk "Kau Sumber Ilham Seni Ku" yang merupakan hasil nukilan beliau sendiri.[4]

Menerusi kerjasamanya dengan Hamzah Dolmat, Sharifah Aini merakamkan album Lela Manja (1979) yang mengandungi 100% lagu tradisional dan ini menjadikan beliau penyanyi solo pertama yang diberi peluang merakamkan album tradisional.[5][6] Beliau kemudian melancarkan beberapa lagi album sepanjang dekad 1980-an: Just for You (1980), Harum Dalam Kenangan (1982), Kasih (1987) dan Sharifah Aini II (1988). Pada tahun 1995, album secara langsung pertamanya, Seraut Wajah, Semerdu Suara yang mengandungi lagu-lagunya yang dipersembahkan di konsert Tribute to Sharifah Aini Bersama Orkestra Kuala Lumpur. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila jualannya melebihi 100,000 unit sekaligus menerima pensijilan platinum.[7][8]

Remove ads

Lagu

Maklumat lanjut Isi kandungan ...
Kunci
Lagu yang dirakamkan semula Menunjukkan lagu yang dirakamkan semula
Lagu yang merupakan hakcipta terpelihara Menunjukkan lagu yang merupakan hakcipta terpelihara
Maklumat lanjut Lagu, Penyanyi lain ...
Remove ads

Lihat juga

Catatan penjelasan tambahan

  1. Versi asal nyanyian Oslan Hussin.
  2. Versi asal nyanyian P. Ramlee.
  3. Versi asal nyanyian Rohani B.
  4. Versi asal nyanyian Asiah Tuah.
  5. Versi asal nyanyian Normadiah.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads