Kundang daun besar
spesies tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pokok Setar [1] atau juga dikenali sebagai pokok Kundang Hutan, atau pokok Kundang Daun Besar[2] merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Bouea macrophylla Griff.[3], [4]
Pokok Setar (Bouea macrophylla Griff.) merupakan asal usul nama bandar Alor Setar[5] adalah daripada nama pokok Setar ini yang tumbuh di sepanjang alor sungai. Pokok Setar kini jarang ditemui di Malaysia dan hanya boleh ditemui di kampung dan ditanam dalam konsep dusun.
Dua jenis pokok Kundang adalah:-
- Pokok Kundang Daun Kecil/Pokok Rumenia ("Bouea oppositifolia")
- Pokok Kundang Daun Besar/Pokok Setar ("Bouea macrophylla Griff.")
Ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae, dan memiliki kaitan dengan pokok mangga.


Remove ads
Gambaran
Buah gandaria menyerupai mangga bulat yang kecil. Pohonnya sedang, namun tinggi.[6] Tingginya dapat mencapai 25 m.[7] Tajuknya rapat. Dahannya berbentuk lebar memanjang, dengan hujung yang tumpul. Perbungaannya malai, bunganya menyerupai bunga mangga yang berwarna kuning, dan muncul di ketiak daun.[8] Berbunga pada bulan September-Desember. Buahnya bulat,[6] seperti guli Tipenya seperti buah batu, mengeluarkan cairan pekat dan bau khas seperti turpentin.[8] Sewaktu masih muda, warnanya hijau, dan kalau sudah matang, berwarna kuning jingga. Bijinya berwarna ungu.[7] Daunnya tunggal, berbentuk bundar telur-lonjong sampai menjorong. Waktu muda berwarna putih, kemudian beransur keunguan lalu menjadi hijau tua.[8]
Remove ads
Kegunaan
Daunnya yang masih muda digunakan sebagai ulam. Buahnya berair, rasanya manis-masam.[6] Buah ini boleh langsung dimakan selepas dipetik dari pohonnya.[7] Buah yang muda pula boleh dijadikan sambal, rojak, atau dimakan langsung[9] atau sebagai ulam-ulaman.[10] Kayunya boleh digunakan untuk membuat sarung keris dan daunnya digunakan untuk ubat.[6]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads