Turpentin
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Turpentin (Jawi: تورڤنتين, bahasa Inggeris: turpentine), tarpin (Jawi: ترڤين) atau minyak tusam ialah sejenis cecair yang diperoleh hasil penyulingan resin pokok hidup, terutamanya yang jenis kayu tusam. Ia banyak digunakan sebagai pelarut dan sebagai sumber bagi bahan sintesis organik.


Turpentin terdiri daripada terpena, terutamanya alpha-pinena dan beta-pinena monoterpena dengan sedikit karena, kamfena, dipentena dan terpinolena.[1]
Perkataan turpentin berasal daripada perkataan bahasa Yunani τερεβινθίνη terebinthine, nama spesies sebatang pokok, Pistacia terebinthusmelalui bahasa-bahasa Perancis dan Latin.[2]
Remove ads
Pembuatan
Terdapat beberapa jenis pokok pinus yang dipilih untuk mendapatkan getah mentah membuat bahan ini iaitu:
- Pinus pinaster
- Pinus halepensis
- Pinus massoniana
- Pinus merkusii
- Pinus palustris
- Pinus taeda
- Pinus ponderosa
Turpentin mineral atau sulingan petroleum lain digunakan menggantikan turpentin, tetapi secara kimianya tidak sama.[3]
Kegunaan
Ia digunakan untuk melarutkan atau mencairkan cat berasaskan minyak.[4]
Komponen-komponen asas alfa-pinena dan beta-pinena terkandung dalam tarpin boleh diekstrakkan dan ditulenkan sebagai bahan sebatian organik berwangi tertentu seperti kapur barus, linalool, alpha-terpineol dan geraniol.
Rujukan
Sumber
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
