Setia Ahmad Shah Pahang

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga, Setia Ahmad Shah Pahang[1] ini adalah dicadangkan bagi kurniaan terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred 54 ke atas atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya.

Fakta Segera Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia, Dianugerahkan oleh Sultan Pahang ...
Remove ads

Lencana

Lencana Darjah Kebesaran ini berupa Bintang berbucu lima yang diperbuat daripada emas dan enamel yang berwarna biru muda dan biru tua dan mengandungi Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri. Di antara bucu-bucu kepada Bintang ini terletak ukiran lima pasang bulan sabit.

Riband untuk ahli-ahli lelaki pada Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang tangkuk sutera selebar 2 ½ inci yang berwarna putih dan berjalurkan warna hitam di tepi dan di tengah dengan jaluran biru mengapiti jaluran tengah. Manakala bagi ahli perempuan, riband hendaklah berbentuk pita (bow riband) yang diperbuat dari kain sutera juga dan lebar serta warnanya serupa dengan riband ahli lelaki.

Remove ads

Gelaran pemakaian

Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah Kebesaran ini.

Penerima terkenal

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads