Sheila Abdull

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nursheila Abdullah (lahir 13 Ogos 1988) atau Sheila Abdull merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas bergelar juara zon selatan pertandingan Suara Bintang Adnan Abu Hassan 2006, dan meraih kejayaan komersial pada 2008 menerusi lagu "Mungkinkah".[1]

Fakta Segera Nama lahir, Juga dikenali sebagai ...
Remove ads

Filemografi

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Kerjaya

Bakat Sheila Abdull dalam industri muzik telah oleh komposer dan penerbit rakaman terkenal, Adnan Abu Hassan, kemudian menyertai pertandingan Suara Bintang Adnan Abu Hassan 2006 bagi kategori zon selatan, akhirnya dinobatkan sebagai juara.[2] Sebelum itu, beliau pernah menimba pengalaman bersama Yayasan Warisan Johor, Kombo RTM, Kumpulan Jazz Johor dan Orkestra Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) yang membuat persembahan istimewa di majlis-majlis negeri. Sheila juga pernah menjadi penyanyi latar untuk Siti Nurhaliza ketika konsert Gema Zafana di Istana Budaya.[3]

Beliau juga pernah merakamkan runut bunyi filem The Red Kebaya (2006) yang dibintangi oleh Vanidah Imran, Ramli Hassan dan Samantha Schubert. Selain itu, beliau juga membuat penampilan kameo dalam filem itu sebagai penyanyi kelab malam.[4]

Pada tahun 2007, Sheila merakamkan single sulungnya, "Mungkinkah" yang mendapat putaran meluas daripada stesen radio tempatan. Bekerja di bawah bimbingan Adnan, beliau merakamkan album pertamanya. Album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album, dikeluarkan pada 28 Februari 2008 di bawah EMI Music Malaysia.[2][5]

Berikutan penutupan EMI dan keputusan SRD Villa Records yang tidak lagi menguruskan artis, Sheila menyertai Dream Music dan menubuhkan Purple Dot Agensi bagi menguruskan kerjayanya.[2] Pada tahun 2011, Sheila muncul dengan lagu "Pengkhianat Cinta".

Selepas beberapa tahun meraih kejayaan dalam bidang muzik, Sheila memutuskan untuk memulakan kerjaya penerbangan sebagai pramugari di Malindo Air.[6]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Sheila Abdull dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.[4] Beliau bertunang dengan gitaris kumpulan Drama Band, Ammar Habir pada 20 Disember 2015 dan melangsungkan perkahwinan pada 18 Disember 2016.[7][8][9][10] Beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Chempaka.[11][12]

Sheila pada 3 November 2020 mendedahkan bahawa beliau menamatkan kerjayanya di Malindo Air selepas empat tahun berkhidmat. Beliau ialah antara empat pramugari yang diberhentikan susulan keputusan Malindo Air untuk memberhentikan separuh daripada kakitangan dan pekerjanya susulan pandemik COVID-19. Beliau mengambil cuti tanpa gaji selama setahun kerana hamil dan tidak menyambung kontraknya apabila ia tamat pada 10 Oktober 2020.[13][14][15]

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads