Shinjitai
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Shinjitai (新字体, 'bentuk aksara baharu') merupakan bentuk-bentuk ringkas kanji yang digunakan di Jepun sejak pengisytiharan senarai kanji tōyō pada tahun 1946. Beberapa bentuk baharu yang ditemui dalam shinjitai juga ditemui pada aksara Cina Ringkas, tetapi shinjitai secara umumnya tidak seekstensif aksara Cina Ringkas dari segi pengubahsuaian aksara.
Shinjitai dicipta dengan mengurangkan bilangan goresan ("stroke" dalam bahasa Inggeris) dalam kyūjitai ("bentuk aksara lama") atau seiji (正字, "aksara wajar/tepat") yang merupakan sejenis tulisan Kanji yang tidak diringkaskan (biasanya serupa dengan tulisan Cina Tradisional). Penyederhanaan ini dicapai melalui proses (serupa dengan tulisan Cina Ringkas) sama ada menggantikan onpu (音符, "tanda bunyi") yang menunjukkan bacaan on dengan onpu lain untuk bacaan on yang sama dengan dengan lebih sedikit goresan, atau menggantikan komponen kompleks aksara dengan yang lebih mudah.
Terdapat beberapa peringkat penyederhanaan yang dibuat sejak tahun 1950-an, tetapi satu-satunya perubahan yang menjadi rasmi ialah perubahan dalam senarai kanji jōyō pada tahun 1981 dan 2010.[1]
Remove ads
Latar belakang
Bentuk-bentuk berikut telah dimantapkan hasil daripada pembaharuan aksara selepas era perang . Banyak daripada aksara tersebut adalah berdasarkan singkatan tulisan tangan (略字, ryakuji) yang digunakan secara meluas sejak era sebelum perang. [2]
Dalam 332 kes, aksara dalam standard baharu mempunyai lebih sedikit goresan berbanding bentuk lama, dalam jumlah tersebut hanya 14 kes mempunyai nombor yang sama, manakala 11 kes lagi mempunyai satu goresan tambahan. Penyederhanaan yang paling drastik ialah廳→庁 yang membuang 20 goresan.[3]
Remove ads
Perbezaan dalam penyederhanaan antara Cina dan Jepun
Tanah Besar China, Singapura, Malaysia dan Jepun meringkaskan sistem tulisan mereka secara berpisah antara satu sama lain. Selepas Perang Dunia II, hubungan yang buruk menghalang kerjasama antara negara. Aksara Cina Tradisional masih digunakan secara rasmi di Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea Selatan (sebagai tambahan kepada Hangul, tetapi ia tidak lagi digunakan di Korea Utara), dan oleh kebanyakan orang Cina di luar negara.
Dalam bahasa Cina, lebih banyak aksara diringkaskan berbanding bahasa Jepun. Terdapat beberapa aksara pula diringkaskan hanya dalam satu bahasa, tetapi tidak pula dalam bahasa yang lagi satu. Dan terdapat juga aksara lain yang diringkaskan dengan cara yang sama dalam setengah bahasa-bahasa yang menggunakan tulisan Han namun lain pula cara peringkasan pada bahasa-bahasa yang lain. Hal ini bermakna mereka yang ingin mempelajari sistem tulisan kedua-dua bahasa Cina dan bahasa Jepun mesti kadang-kadang mempelajari tiga variasi berbeza bagi satu aksara: Cina Tradisional, Cina Ringkas dan Jepun Moden (contohnya: 龍-龙-竜untuk "naga").
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads