Sikhisme

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sikhisme
Remove ads

Sikhisme (juga dikenali sebagai agama Sikh; Bahasa Panjabi: ਸਿੱਖੀ, sikkhī, IPA: [ˈsɪkkʰiː]) adalah sebuah agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan sembilan orang guru lain di Punjab, India pada abad ke-15. Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar di dunia, dengan lebih daripada 23 juta penganut.

Thumb
Kuil Emas di Amritsar, Punjab, Indiam kuil paling suci bagi para penganut Sikh
Fakta Segera Orang Sikh, Jumlah populasi ...

Nama anutan ini yang didasarkan perkataan Sikh dipercayai datang daripada bahasa Sanskrit baik melalui kata शिष्य śiṣya bermakna "murid" atau "pelajar"[2] — (lalu sewarisan dengan perkataan siswa[3]:322) atau śikṣa yang bermaksud "arahan".

Remove ads

Kepercayaan

Penganut agama Sikh dikehendaki mengikuti pengajaran sepuluh orang guru Sikh, bersama dengan kitab suci yang bernama Guru Granth Sahib, penggubalan penulisan enam daripada sepuluh guru Sikh tersebut dan mengandungi karya-karya yang ditulis oleh orang dari pelbagai latar belakang socio-ekonomik dan agama. Teks dalam Guru Granth Sahib telah didekri dan ditulis oleh Guru Gobind Singh, guru yang kesepuluh, sebagai guru Khalsa Panth yang terakhir. Sri Guru Granth Sahib yang pertama yang telah ditulis oleh Guru Gobind Singh masih wujud di Indian sehingga masa kini. Tradisi dan ajaran agama ini berkait rapat dengan sejarah, masyarakat dan budaya Punjab. Kebanyakan orang Sikh tinggal di Punjab, dan sebelum pemisahan India dan Pakistan, jutaan orang Sikh tinggal di wilayah Punjab di Pakistan.

Remove ads

Sejarah

Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengasas agama ini ialah Guru Nanak (1469-1539), Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan dan dipanggil WAHEGURU. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat Guru. Sebanyak sepuluh Guru telah mengambil alih tempat beliau dan secara perlahan-lahan. Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kemangkatan Guru Gobind Singh yang tidak meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Guru Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan "Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki dan perempuan Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K".

Remove ads

Lima K

Lima K atau panj kakaar/kakke ini perlu dipakai sepanjang masa kerana diarahkan pakai oleh mahaguru Sikh yang ke-10, Guru Gobind Sngh Ji. Guru Gobind Singh telah mewajibkan 5 K dipakai pada tahun 1699 di Anandapur Sahib. Hari itu dinamakan Vasakhi.

Lima K ini termasuklah:

  • kesh (rambut yang tidak dipotong)
  • kanga (sikat)
  • kara (gelang ditangan kanan)
  • kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam)
  • kachha (seluar dalam pendek)

Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara. Gurdwara Emas Gurdwara Harmandir Sahib di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi penganut Sikh.

Guru-guru Sikhisme

Perkataan guru datang daripada perkataan bahasa Sanskrit gurū, yang bermaksud "pengajar" atau "mentor". Tradisi dan falsafah Sikhisme telah dibentuk oleh sepuluh orang guru dari tahun 1499 sehingga 1708. Setiap guru menyokong dan menambah mesej yang diajar oleh guru sebelumnya, menyebabkan pengasasan agama Sikhisme ini. Guru Nanak adalah guru pertama, dan telah memilih seorang pendidik sebagai guru seterusnya. Gobind Singh merupakan guru manusia yang terakhir. Sebelum kemangkatan beliau, Guru Gobind Singh mengeluarkan dekri bahawa Guru Granth Sahib adalah guru terakhir dan abadi bagi orang Sikh.

Berikut merupakan senarai guru Sikhisme dalam turutan:

Maklumat lanjut #, Nama ...
Tokoh suci Sikhisme
  • Bhagat Kabir
  • Bhagat Farid
  • Bhagat Namdev
  • Baba Budda (tokoh paling suci dalam Sikh)
  • Baba Banda Singh Bahadur (menentang orang Islam di Punjab)
  • Baba Deep Singh (Mempertahankan kuil emas)
Tokoh lain
  • Bhai Vir Singh
  • Bhai Kaan Singh Nabha
Remove ads

Hari-hari keagamaan

Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanchaar yang bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood" Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu

  • Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
  • Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)
  • Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)
  • Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
  • Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)

Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian.

Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.

Remove ads

Adat istiadat penganut Sikh

Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kemangkatan penganut Sikh. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardaas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam muka surat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "Singa" dan Kaur pula bermaksud "Puteri".

Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara - pemakaian serban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.

Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.

Remove ads

Bilangan penganut Sikh

Terdapat 26 juta penganut Sikh. 75 % menetap di India. 60 % tinggal di negeri Punjab, India iaitu 2/3 daripada penduduk negeri Punjab. Tempat lain ialah di of Haryana, Himachal Pradesh, Jammu and Kashmir, Rajasthan, Uttar Pradesh, Uttaranchal, Maharashtra dan Delhi. Ramai daripada mereka berhijrah ke Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat , Timur Tengah, Afrika Timur, Asia Tenggara, Eropah Barat, Australia dan New Zealand.

Remove ads

Penyertaan

Penganut Sikh aktif dalam politik di pelbagai tempat di seluruh dunia terutama di India.

  • Manmohan Singh - Perdana Menteri India.
  • Tentera - ramai daripada mereka menyertai tentera dan polis di India dan di seluruh dunia terutama zaman penjajahan Empayar British. Antaranya ialah Jeneral Joginder Jaswant Singh.
  • Tan Sri Dato' Seri Darshan Singh Gill - di Malaysia, beliau menjadi pemimpin kaum Sikh.
  • Karpal Singh - peguam dan pemimpin parti pembangkang DAP dalam Parlimen Malaysia.
  • Master Tara Singh
  • Baldev Singh
  • Sardul Singh Caveeshar
  • Shaheed Bhagat Singh Sandhu
  • Shaheed Udham Singh Jammu
  • Pratap Singh Kairon
  • Professor Piara Singh Gill
  • Arjan Singh
  • General Joginder Jaswant Singh
  • Dr. Narinder Singh Kapany
  • Harbhajan Singh
  • Milkha Singh
  • Shaheed Sant Jarnail Singh Bhindranwale
  • Shaheed General Shabeg Singh
Remove ads

Nota kaki

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads