Skrotum
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Skrotum atau kerandut atau kantung zakar atau kantung pelir ialah suatu struktur pada sistem pembiakan lelaki yang terletak di dasar zakar yang terdiri daripada suatu pundi kulit dan otot licin dwiruang yang tergantung. Skrotum wujud dalam kebanyakan mamalia darat. Skrotum memiliki fasia sperma luaran, testis, epididimis dan duktus deferens. Struktur ini merupakan kembangan daripada perinium dan membawa beberapa tisu abdomen sperti arteri/vena testis dan pleksus pampiniform. Rafe perinium merupakan suatu garis lurus kecil di kulit skrotum, denga septum skrotum di bawahnya. Di badan manusia serta beberapa mamalia lain, skrotum dilitupi oleh bulu pubis ketika mencapai baligh. Skrotum ini lazimnya akan mengecut ketika pancutan mani serta dalam persekitara sejuk. Satu testis lazimnya berkedudukan lebih rendah daripada satu lagi untuk mengelakkan perlanggaran dan penghimpitan kedua-dua testis ketika ditekan.[1]
Secara biologi, skrotum adalah seerti dengan labia majora pada wanita. Walaupun wujud dalam kebanyakan mamalia, skrotum luaran tidak wujud pada mamalia air seperti ikan paus dan anjing laut,[2] serta beberapa jenis mamalia darat seperti Afrotheria, Xenarthra serta pelbagai kelompok kelawar, rodensia dan insektivor (pemakan serangga).[3][4]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads